Tuesday, May 20, 2014

tafsir surah ali imran ayat 14

14.  Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).



Keindahan itu memikat manusia supaya memilikinya .  Keindahan itu menerangkan tentang Allah itu bersifat jamal manakala keinginan manusia terhadap barangan yang indah pula menerangkan Allah itu bersifat jalal. 


 Setiap keinginan manusia adalah keluar dari lapisan jiwanya. Di dalam lapisan jiwa itu terdapat pula naluri, semangat dan keinginan-keinginan biasa. Hakikat jiwa adalah  bersih dan jernih kerana ia di jadikan dari tanah dan air. Namun begitu , ia seringkali di goda oleh nafsu dan sangat mudah tewas dengan godaan nafsu tersebut. Ini kerana  unsur api dan angin yang merupakan unsure kejadian nafsu itu telah ada tersedia wujud dalam diri manusia.


Lazimnya bilamana  jiwa mengingini sesuatu, ia akan nyatakan pada akal yang di anggap seperti anaknya sendiri, maka akal akan berfikir bagaimana kah untuk mendapatkan apa yang di ingini oleh jiwa yang di anggap olrh akal seperti ibunya sendiri itu.setelah memperolehi jawapan , akal akan terus menyatakan apa yang ia perolehi kepada jiwa.Malangnya sebelum nafsu menguasai jiwa, nafsu terlebih dahulu telah menguasai akal, maka apabila akal mencadangkan kepada jiwa beberapa cara untuk memperolehi apa yang diingini oleh jiwa itu,nafsu  membisik cara-cara yang salah dan keji untuk di bisikkan oleh akal kepada jiwa.jiwa yang lemas dalam belaian nafsu pula akan terus menerima yang salah meskipun ia mengetahui bahawa yang benar adalah sebaliknya.  Maka bila jiwa menyukai apa yang dikatakan oleh akal sebagai baik, ia tidak lagi akan menyukai apa yang akal kata  tidak baik .


Walaupun lazimnya manusia tidak dapat menjawab mengapa ia suka sesuatu dan tidak suka sebaliknya, mengapa ia suka yang ini dan tidak suka yang itu. Mengapa ia suka begini dan tidak suka begitu. Tetapi hakikatnya kedua-dua itu adalah menerangkan bahawa dalam diri manusia itu ada terdapat tenaga magnet. Sulka dan tidak suka adalah dua sifat menarik dan menolak yang menjadi sifat tabie  magnet. Allah jadikan sifat menarik dan menolak ini sentiasa ada dalam diri manusia laksana dua beradik yang  bergurau-gurauan dalam berkasih saying anatra satu sama lain. Ia juga merupakan perlawanan dua musuh antara satu sama lain.  Kedua-dua ini di simbolkan dalam bentuk denyutan nadi dan degupan jantung manusia yang bergerak tak pernah berhenti tanpa mengira penat lelah. 


Tik tok tik tok bunyi nadi atau gup guup gup guup  bunyi jantung adalah  membayangkan pujukan nafsu terhadap akal dan jiwa . seoramg yang terlupa Allah dalam setiap tik tok tik tok pergerakan nadinya atau gup guup gup guup pergerakan jantungnya akan memberikan kejayaan kepada nafsu untuk menguasai kedua-dua akal dan jiwanya.Keinginan terhadap jamal Allah  samada yang berupa wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak atau dan sawah lading  tidak akan dapat di perolehi bilamana nafsu telah bermahajara lela  pada akal dan jiwa. Bilamana keinginan kepada wanita tidak di penuhi melalui perkahwinan sebaliknya melalui jalan perzinaan, maka hilanglah rahsia jamal Allah di situ.kehidupan menjadi tempang di dunia dan di akhirat.  Demikianlah kesemua apa yang pada hakikatnya di sebut karangan Allah  ini menjadi rosak bilamana di tadbir oleh nafsu. 


Maka manusia semestinya berzikir dalam setiap tik tok tik top nadi dan gup guup gup guup jantungnya itu. Itulah Allah simpulkan :dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). 

No comments:

Post a Comment