Sunday, May 18, 2014

dua alam jasad

Ringkasnya alam jasad dapatlah kita bahagikan pula kepada dua iaitu:

1) Jasad kasar
2) Jasad halus


JASAD KASAR

Tidak sebagaimana jin, manusia memiliki jasad kasar yang boleh di lihat jelas. Seseorang boleh di timpa penyakit jasad bilamana sistem badannya tidak berperanan dengan betul di sebabkan oleh fakta pemakanan, tempat tinggal dan sebagainya lagi. Walaupun memang banyak penyakit jasad yang tidak dapat di rawat tetapi perbincangan dan kajian tentangnya adalah paling mudah berbanding dengan alam  ruh dan alam mithal.



JASAD HALUS

Makhluk berjasad halus seperti jin termasuk hantu jembalang dan orang bunian tidak mungkin dapat di lihat melainkan melalui  penjelmaan iaitu melalui alam mithal. Di alam mithal inilah pembukaan di buat untuk membolehkan berlakunya hubungan antara makhluk berjasad kasar dan makhluk berjasad halus.



HUBUNGAN DUA JASAD

Terdapat pula pertembungan antara dua jasad ini dalam beberapa keadaan seperti:
1)               Seringkali berlaku seorang ibu yang mengandungkan anak memberitahu bahawa kandungannya telah hilang. Ia menceritakan setelah genap kandungannya sembilan bulan, ia bermimpi beranak dan ada seseorang mengambil anaknya itu. Di katakan orang bunian telah mengambil bayi tersebut dan di tempatkan ke suatu alam bunian yang lain dari alam kasar ini. Di masa-masa tertentu si ibu boleh berhubungan dengan anaknya itu tetapi hubungan dua beranak ini tidak dapat di saksikan oleh orang lain.

2)               Demikianlah juga kita mendengar kisah manusia yang berkahwin dengan jin. Isterinya yang jin ini memasak makanan dan membasuh pakaiannya.

3)               Kisah pemburu yang bermalam di        perkampungan jin (orang bunian). Apabila mereka kembali kekampungnya, penduduk setempat memberitahunya bahawa ia telah hilang dalam tempoh yang lebih lama dari perkiraannya semasa berada di alam bunian itu. Umpamanya ia merasakan ia telah menghabiskan masa satu atau dua hari di alam bunian tetapi bilamana ia kembali ke masyarakatnya semula, ia diberitahu oleh orang kampungnya ia telah hilang selama setahun atau dua tahun. Ini menerangkan kepada kita bahawa dimensi makhluk berjasad kasar adalah berbeza dengan dimensi makhluk berjasad halus. Demikianlah juga alam dan jarak masanya. Hal ini berlaku juga kepada seorang sahabat Rasulullah  SAW yang di sebut Khurafa.

4)               Jin-jin yang mengganggu manusia meresap masuk ke dalam badan manusia sehingga badan manusia ini menggelupur dan menanggung  kesakitan.

5)               Ada juga berlaku kejadian anak-anak bercakap seorang diri seolah-olah ada pihak kedua bersama dengannya. Bila ibu bapanya bertanya kepadanya ia bercakap dengan siapa? Ia menjawab bahawa ia bercakap dengan kawannyalah padahal ibunya melihat ia bercakap seorang diri. Soalnya adakah kanak-kanak tersebut bercakap dengan jin. Apakah yang harus dilakukan oleh anda sekiranya anda adalah ibu bapa kanak-kanak tersebut bilamana kanak-kanak tersebut demam dan menyatakan ia rindu kepada kawannya (orang ghaib) itu.

6)               Dalam satu-satu perjalanan yang dikenderai oleh dua orang atau lebih, tiba-tiba seorang melihat sekilas pandang ada orang melintasinya. Seorang melihat ada seorang melintasi mereka manakala yang seorang lagi melihat yang melintasi mereka adalah dua orang. Kenapa mereka berdua mempunyai pandangan yang berbeza?














No comments:

Post a Comment