Friday, May 23, 2014

f



Keindahan itu memikat manusia supaya memilikinya .  Keindahan itu menerangkan tentang Allah itu bersifat jamal manakala keinginan manusia terhadap barangan yang indah pula menerangkan Allah itu bersifat jalal. 


 Setiap keinginan manusia adalah keluar dari lapisan jiwanya. Di dalam lapisan jiwa itu terdapat pula naluri, semangat dan keinginan-keinginan biasa. Hakikat jiwa adalah  bersih dan jernih kerana ia di jadikan dari tanah dan air. Namun begitu , ia seringkali di goda oleh nafsu dan sangat mudah tewas dengan godaan nafsu tersebut. Ini kerana  unsur api dan angin yang merupakan unsure kejadian nafsu itu telah ada tersedia wujud dalam diri manusia.


Lazimnya bilamana  jiwa mengingini sesuatu, ia akan nyatakan pada akal yang di anggap seperti anaknya sendiri, maka akal akan berfikir bagaimana kah untuk mendapatkan apa yang di ingini oleh jiwa yang di anggap olrh akal seperti ibunya sendiri itu.setelah memperolehi jawapan , akal akan terus menyatakan apa yang ia perolehi kepada jiwa.Malangnya sebelum nafsu menguasai jiwa, nafsu terlebih dahulu telah menguasai akal, maka apabila akal mencadangkan kepada jiwa beberapa cara untuk memperolehi apa yang diingini oleh jiwa itu,nafsu  membisik cara-cara yang salah dan keji untuk di bisikkan oleh akal kepada jiwa.jiwa yang lemas dalam belaian nafsu pula akan terus menerima yang salah meskipun ia mengetahui bahawa yang benar adalah sebaliknya.  Maka bila jiwa menyukai apa yang dikatakan oleh akal sebagai baik, ia tidak lagi akan menyukai apa yang akal kata  tidak baik .

No comments:

Post a Comment