Sunday, May 18, 2014

hubungan ruh




Sebenarnya ruh adalah satu makhluk yang melalui perjalanan yang sangat panjang. Di sini kita bahagikan kepada tiga peringkat sahaja iaitu:
1)      sebelum masuk jasad (sebelum berada di alam janin)
2)      ketika di dalam jasad
3)      perjalanan ke alam tinggi sesudah ke luar dari jasad (alam barzakh)


SEBELUM ALAM  JANIN

Sebagaimana yang telah di terangkan bahawa Alam Lahut adalah tempat di mana ruh manusia di ciptakan Allah. Alam kedua ialah Alam Jabarut di mana manusia di pakaikan dengan cahaya sultani dan seterusnya Alam Malakut pula iaitu ruh manusia di pakaikan pula dengan cahaya malakut yang di sebut ruhani. Kemudian di turunkan pula ke Alam Mulki dan di pakaikan dengan cahaya mulki. Di sinilah di namakan ruh jasmani. Setelah itu barulah di turunkan ke bumi untuk masuk ke sarangnya yang di panggil jasad.  Pemindahan ruh kepada beberapa alam ini di tentukan Allah bagi membolehkan manusia yang akan di gelar khalifah itu dapat menjalankan tugas sebagai wakil Allah. Namun begitu, ada juga yang menamakannya tempat di mana ruh itu berada sebelum di masukkan ke dalam jasad dengan nama alam akmal atau alam mithal - alam yang mengenali hakikat ruh.





RUH  DI  DALAM  JASAD


Di dalam jasad, ruh menemui pengikut dan musuh-musuhnya yang akan kami perdetailkan dalam bahagian yang akan datang.

Kajian tentang mimpi juga merupakan satu kajian yang sangat mustahak untuk kita fahami keadaan ruh berada di dalam jasad.





SETELAH MATI

Bilamana seseorang itu mati, samada jasadnya di letakkan ke dalam satu-satu kubur tertentu atau tidak berkubur, ruhnya yang tidak mati itu berada di suatu alam yang sangat luas di panggil alam barzakh. Firman Allah:
`ÏBur NÎgͬ!#uur îˆyöt/ 4n<Î) ÏQöqtƒ tbqèWyèö7ムÇÊÉÉÈ
dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan(Surah Al Mukminun ayat 100)


Di alam barzakh ini, ruh tersebut tidaklah kaku sebagaimana jasadnya yang mati tersimpan di tanah kuburan itu malahan ruh tersebut akan terus menerus dapat  melihat, mendengar , merasa dan bergerak dari satu tempat  ke satu tempat yang lain.  Hakikatnya walaupun jasad sudah mati, ruh tidak mati. Namun begitu percakapan ruh tidak boleh lagi didengari oleh jasad-jasad orang hidup. Ruh juga boleh mendengar percakapan dan bunyi sebagaimana riwayat yang menceritakan Rasulullah SAW bercakap kepada mayat musyrikin Mekah yang terbunuh dalam perang Badar.



Di antara tempat yang amat di ingini oleh ruh untuk pergi ialah kembali ke rumah asalnya iaitu di alam jabarut yang tinggi tempat dari mana ia datang. Ia pulang ke rumahnya seorang diri sebagaimana ia mula datang. Ia tinggalkan di dunia ini segala yang di perolehinya semasa hidup itu. Bukan sahaja ia meninggalkan harta benda, sahabat handai, teman taulan, sanak saudara dan pengaruh serta pangkat malahan juga ia tinggalkan juga pasangannya nafs yang telah di sifatkan seolah-olah isterinya itu. Kesemua ini di tinggalkan di dunia ini.

Sekiranya di dunia dulu, suara ruhnya menjadi amat perlahan sehingga tidak mampu di dengari dalam banyak keadaan oleh jasadnya kerana suara jasadnya itu lebih meninggi akibat sudah di kuasai oleh nafsu, pada hari ini, suara ruh ini mula mampu berperanan semula.
Kalaulah kita bayangkan sekejap ruh kita ini berobjek seperti jasad, maka marilah kita tanyakan diri kita sendiri berani dan mampukah ruh kita ini pulang sendirian tanpa teman padahal perjalanan itu amatlah jauh. Ketika di dunia dulu, apabila seseorang menaiki kapal terbang untuk ke luar negara, ia tidak mahu pergi bersendirian kerana ia hanya akan mahu sentiasa berteman. Di hari ini, di hari di mana perjalanan yang jauh itu tidak mampu di ukur lagi, terserahlah kepada tahap keberanian sejauh mana ruhnya sanggup meredahi perjalanan yang jauh itu.

Soalnya lagi, kenalkah ruh tersebut jalan-jalan yang perlu di laluinya padahal di sepanjang perjalanan itu, tiada langsung papan tanda panduan perjalanan dan tiada pula di bekalkan dengan peta atau pelan. Ketika ruh itu datang kedunia untuk masuk ke dalam jasad pertama kali dulu pula, tiada siapapun yang ingat tentang perjalanannya kerana perjalanan itu berlaku sebelum manusia mempunyai akal.

Inilah persoalan-persoalan yang perlu di jawab oleh setiap manusia kerana ia pasti menghadapinya.  Maka, dalam perjalanan ini, ada ruh yang berjaya sampai ke destinasi dan ada pula yang tidak mampu tiba ke destinasinya.




RUH DI PINTU LANGIT DAN MI`RAJ

Dalam kisah isra’ dan mikraj yang berlaku kepada Rasulullah SAW, di terangkan kepada kita bagaimana Rasulullah SAW bersama dengan penemannya, malaikat Jibril sendiri, yang menjadi penghulu kepada segala malaikat, di soal siasat oleh malaikat penjaga pintu langit.


Satu lagi catatan tambahan yang perlu di sebutkan juga di sini ialah bahawa mi’raj itu ertinya mendaki sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah SAW pada malam tersebut. Walaupun kita sebenarnya tidak mengetahui hakikat mendaki yang sebenarnya, tetapi sekurang-kurangnya ia adalah menerangkan tentang perjalanan dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi. Demikianlah halnya keadaan ruh, ia akan mendaki ke langit dalam perjalanan pulangnya kembali ke rumah asalnya dan berulang alik turun naik diantara langit iaitu alam yang tinggi dengan bumi alam yang rendah ini. Pada perkiraan jasad, hal ini adalah sesuatu yang amat memenatkan tetapi pada ruh, ini adalah suatu yang menyeronokkan. Kegembiraan ini di gambarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan ruh berulang alik ke kuburnya bilamana memperolehi salam dari saudaranya. Sabda Rasulullah SAW:
إذًا مَرَّ الَّرجُلُ بِقَبرِ أخِيهِ يَعرِفُه فَسَلَّمَ عَلَيهِ رَدَّ عَلَيهِ السَّلامِ  وَعَرَفَه , وَإذَا مَرَّ بِقَبرِ لا يَعرِفُه فَسَلّمَ عَلَيهِ رَدّ عَليهِ السّلام

Apabila seorang lelaki melalui kubur saudara (seIslam)nya yang ia kenali, lantas ia memberi salam, ia (ruh si mati) menjawab salam tersebut dan mengenalinya, demikianlah bilamana seseorang melalui kubur seorang yang ia tidak kenali lantas memberi salam kepada ahli kubur, ( ruh si mati tersebut ) turut menyahut salamnya .

Hadis ini menjelaskan kemana sahaja ruh itu pergi, ia pasti akan balik untuk menjawab salam saudaranya yang hidup yang melalui kawasan perkuburannya. Hadis ini menjelaskan pergerakan ruh adalah amat cepat bersesuaian dengan kejadiannya dari cahaya terpilih yang sememangnya boleh bergerak laju apatah lagi setelah bebas daripada jasad. Hadis ini juga menjelaskan betapa ruh itu amat-amat menghargai salam saudaranya. Ia menganggapkan salam itu adalah satu hadiah istimewa dari orang hidup untuknya kerana pada kalimah salam itu seolah-olah saudaranya yang hidup itu menghadiahkan satu nama Allah kepadanya. Jarak antara langit dan bumi yang tersangat jauh pada perkiraan jasad adalah dekat bagi ruh yang turun naik berkali-kali dengan cepat kerana hukum ruh tidak lagi terikat dengan hukum jasad. Allah menceritakan jarak itu menjadi dekat sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam Al Quran:

No comments:

Post a Comment