Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan
(memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah
jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang
lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
(Surah
Az Zumar : ayat 42)
Menurut Ibn Qayyim, ayat ini menjelaskan ruh orang mati
yang keluar sesudah mati bertemu dengan ruh yang keluar sewaktu seseorang yang
hidup tidur. Bilamana ruh orang mati bertemu ruh orang tidur, mereka
berhubungan dan bertanya khabar antara satu sama lain. Setelah itu, ruh orang
tidur kembali semula ke jasad tuannya.
(Surah
An Nissa’ : ayat 69)
Menurut Ulama Tafsir sebab turun ayat ini adalah
berkait tentang seorang lelaki Ansar telah datang menemui Rasulullah SAW dalam
keadaan menangis kerana ia merasa amat bimbang kalau-kalau tidak dapat lagi
berjumpa Rasulullah SAW selepas baginda wafat.
Lantas Allah menurunkan ayat tersebut menjelaskan mereka kelak akan
bersama orang yang mereka kasihi.
Terdapat juga keterangan mereka di alam ruh, bukan
sahaja mereka bersembahyang, malahan mereka menunaikan solat jamaah.
Hubungan juga boleh berlaku diantara seorang yang hidup
dengan seorang yang sudah mati. Ini amat jelas sekali dalam peristiwa
Rasulullah SAW bertanyakan kepada bangkai golongan kafir musyrikin yang
terbunuh dalam perang Badar.
Ibn Qayyim Al Jauziyyah juga turut merakamkan berpuluh
peristiwa pertemuan orang hidup dengan orang mati melalui alam mithal di dalam
mimpi orang hidup yang sedang tidur seperti:
1)
Khalifah Umar Ibn
Abdul Aziz bermimpi melihat Rasulullah SAW dan empat sahabatnya Saidina Abu
Bakar, Umar, Uthman dan Ali masuk ke dalam satu istana yang sangat cantik. Ia
juga dapat masuk ke dalam istana tersebut dan berada di sebelah datuknya Umar
Ibn Al Khattab. Kemudian ia mendengar suara berpesan kepadanya agar istiqamah
dan sabar menghadapi ujian dunia.
2)
Abdul Rahman Ibn
Ghanam melihat 3 sahabat Nabi SAW iaitu Muaz bin Jabal, Abdullah Ibn Rawahah
dan Abdullah Ibn Maz’un menunggang kuda lantas bersalam-salaman dengan mereka
setelah mengucapkan ungkapan syukur terhadap kurniaan Allah di akhirat setelah berjaya
menghadapi ujian dunia.
3)
Qubaisoh Ibn Aqbah
dan Sufyan Ibn Uyainah melihat dalam mimpinya Sufyan At Thauri berada dalam
keadaan selamat.
4)
Bapa saudara
Rasulullah SAW, Al Abbas Ibn Abdul Muttalib melihat Saidina Umar bergembira
dalam mimpinya setelah ia memohon dari Allah hampir setahun lamanya.
Dalam konteks kehidupan kita hari ini kita seringkali
terdedah kepada keadaan:
1)
Seorang yang di
kasihi atau mengasihi bermimpikan antara satu sama lain. Sering kali berlaku,
seorang ibu atau bapa bermimpikan anaknya di masa kesusuhan anak tersebut dan
demikianlah sebaliknya.
2)
Mangsa yang di
sihir kadang-kadang bermimpikan
penyihir yang menghantarkan syaitan untuk mengganggunya
dan menyakitinya.
Contoh lain yang boleh kita lihat ada seperti: Sulaiman
telah mengerjakan umrah bagi pihak bapanya yang telah meninggal dunia pada
tahun 1997. Ini merasakan amat perlu untuk menunaikan umrah bagi pihak bapanya
itu kerana bapanya tidak sempat memijakkan kakinya ke tanah haram sewaktu
hayatnya. Ia berpakaian ihram sebagaimana lazimnya. Sekembalinya pulang dari bermiqat di Tana’em,
ia terus tawaf tujuh pusingan mengelilingi Kaabah yang mulia itu. Seterusnya ia
melakukan pula sa’ie dari Soffa ke Marwah. Sepanjang perjalanan ibadat itu, ia
memohon istighfar bagi pihak bapanya itu. Setelah melakukan sa’ie pusingan ke
tiga, dalam meneruskan pusingan ke empat, ia merasakan amat letih tidak mampu
lagi meneruskan perjalanan sa’ienya. Kaki di rasakannya berdenyut-denyut. Sendi-sendi
terutama di bahagian lututnya pula di rasakan seperti menggigit-gigit di
kakinya. Kerana keletihan itu, ia mengambil keputusan untuk berehat di bahagian
yang berdekatan dengan pintu Babus Salam. Tiba-tiba ia ternyenyak di situ.
Dalam tidurnya itu, ia bermimpi bapanya datang memberitahu bahawa ia amat
berhajat kepada duit seratus ringgit. Bilamana ia menghulurkan wang tersebut
setelah mengeluarkannya dari poket, ia melihat bapanya terharu, terus sahaja ia
terjaga dari lenanya itu. Ia tidak mengetahui apakah maksudnya mimpi tersebut.
Setelah di tanya kepada orang-orang soleh, mereka menasihati agar Sulaiman
bersedekah wang seratus ringgit bagi pihak bapanya. Kisah ini menggambarkan
bagaimana ketika ia mengerjakan umrah itu, bapanya menghubunginya melalui alam
mithal. Dari keterangan di atas fahamlah kita bahawa bilamana kita bermimpi
berjumpa seseorang yang telah mati seumpama ibu atau ayah, bererti berlaku
pertemuan dan ziarah antara kedua di alam ruh melalui pendekatan alam mithal
KEADAAN RUH YANG GEMBIRA
عَن إبن مسعود قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أَروَاحُ
الشُهَدَاء عِندَ اللهِ فى حَوَاصِل طَيرٍ خَضرٍ تَسرَح فى أَنهَارِ الجَنَّةِ
حَيثُ شَائَت ثُمّ تَأوى إِلى قناديل تَحتَ العَرِش رواه مسلم
Dari
Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ruh-ruh orang
yang mati syahid di sisi Allah berada di dalam temolok burung hijau terbang
pergi ke sana kemari di antara sungai-sungai syurga kemudian bersarang kepada
lampu-lampu di bawah arasy –Riwayat Muslim
Gambaran kegembiraan ruh orang yang mati syahid dapat
di lihat berdasarkan hadis ini dalam bentuk mereka bergerak ke sana sini dalam
temolok burung hijau laksana seorang bisnessman yang sibuk travel ke sana sini menaiki kapal terbang
menjalani urusan bisnessnya.
Dari hadis di atas kita dapat memahami bahawa ruh yang
bahagia akan merasa seronok bilamana dapat berhubungan antara satu sama lain
termasuk dapat melakukan bersembahyang, berzikir, ziarah menziarahi dan
berkumpul serta mengikuti majlis zikir dan ilmu bahkan juga untuk meneruskan
jihad.
Sabda Rasulullah SAW:
عن أنس بن مالك رضى
الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( مَا أحَدٌ يَدخُلُ الجنةَ
يُحِبّ أن يَرجِعَ إلى الدُّنيا وَلَه مَا عَلى الأرضِ مِن شَئٍ , إلا الشَّهيد
يَتَمَنّى أن يَرجِعَ إلى الدّنياَ فَيقتل عشرَ مَرّات لِما يَرَى مِنَ الكَرامة )
رواه البخارى فى كتاب
الجها د والسير باب 21 تمنى المجاهد أن يرجع إلى الدنيا ح
2816
Di
riwayatkan daripada Anas Bin Malik RA katanya Rasulullah SAW ada bersabda: Tidak
ada seorangpun yang memasuki syurga mempunyai cita-cita untuk kembali semula ke
dunia padahal tiada apa-apa (kebaikan) dunia untuknya melainkan orang yang mati
syahid, ia berharap untuk balik semula ke dunia lalu ia di bunuh berpuluh-puluh
kali lagi, kerana melihat kemuliaan (kawan-kawannya yang lain yang di perolehi
oleh mereka yang syahid)
Maka jelaslah kepada kita di sini bahawa sebagai
manusia yang sifatnya bermasyarakat, maka setelah mati, ruh-ruh yang baik terus
mahu dan dapat terus bermasyarakat di antara satu sama lain. Maka itulah
sebabnya Nabi Yusuf berdoa kepada Allah dalam amalan hariannya agar ia dapat
terus bermasyarakat dengan golongan yang baik di alam ruh (barzakh) setelah
meninggal kelak sebagaimana yang ia telah memperolehinya sewaktu hidup di dunia
ini. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah
dalam surah Yusuf:
No comments:
Post a Comment