17. Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka
itu diatur dengan tertib (dalam barisan).
Setelah Alla menceritakan sebab kejayaan Nabi Sulaiman
menguasai dunia ini adalah disebabkan penguasaan ilmu asrar.maka di dalam ayat
ini Allah menceritakan pula bbrapa sudut kurniaan yg lain lagi yg merupakan
kurniaan yang berterusan merenteti kurniaan modal tadi. Iaitulah yang menyempurnakan
kurniaan ilmu yang ini dinamakan kurniaan untung
1)
Tenteranya terdiri dari pelbagai
kumpulan.bukan sahaja manusia sebagaimana pemerintah-pemerintah lain di dunia
ini . malahan juga Nabi Sulaiman mempunyai tenera dari kalangan jin, angin ,dan
sebagainya lagi. Yang ini ada kaitan dengan penguasaan gelombang yang sekarang
ini berada dalam gemgaman Yahudi .
2)
Mereka
ini di pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk tujuan di mudahkan pengagihan
tugas yang berbeza-beza. Setiap satunya menjalankan tanggung jawab dan tugasan
yang bersifat lengkap melengkapi anatar
satu sama lain dan bukanlah pula bersikap tindih menindih atau bertentangan sesama
sendiria.
3)
Antara
pihak yang membantu nabi Sulaiman adalah jin. Mereka melakukan kerja-kerja yang
tidak mampu di lakukan oleh pihak lain seperti mengangkat barang-barang berat dan
meletakkannya di tempat yang tinggi yang tidak mampu di lakukan oleh manusia. Ini
bererti seolah-olahnya jin memainkan peranan mesin atau enjin dan jentera di
zaman sekarang. Inilah di antara rahsia kekuatan nabi sulaiman yang kekuatan
sebegini atas nama Negara-negara industry telah di kecapi oleh Negara kafir .
mereka menguasai alat, jentera dan pelbagai mesin , bermula dari mencipta
sehinggalah kepada memarketkan segala hasil-hasilnya.
4)
Burung
juga memainkan peranan dalam menaikkan kemegahan kerajaan nabi Sulaiman. Demikianlah
juga menjadi pengintip yang mengumpulkan data dan maklumat kepada kerajaannya,
memang kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang maju pengintipannya sebagaimana
yang di usahakan oleh amerika waktu ini.
5)
Cubalah
kita bayangkan manakah ada kerajaan pada zaman itu yang mampu menghadapi satu
kerajaan yang termasuk di kalangan tenteranya ialah harimau,singa , binatang
buas , ular dan sebagainya lagi ?a kunci-kunci kekuatan yang tersembunyi yang
di simbolikkan dalam kisah nabi Sulaiman ini mestilah hakikatnya di kumpul
milikkan oleh kita umat Islam dewasa ini sebagai langkah menuju kepada tahap
kekuatan yang sepertinya dalam dunia dewasa ini/ kan . malang sekali golongan
zionislah yang menguasai segala rahsia ini. Maka mereka dapat mengawal manusia
dengan system dan peraturan yang mereka susun, menguasai maklumat dan
komunikasi menurut agenda yang mereka aturkan . dan menguasai jentera dan enjin
untuk mencapaikan matlamat mereka dengan lebih cepat. Ayat ini menggambarkan
kepada kita kaum musliminlah yang sepatutnya menguasai --modal dan keuntungan yang boleh membawakan
kepada dapat mengawal manusia dengan system dan peraturan Allah, menguasai maklumat
dan komunikasi untuk kepentingan dakwah dan
menguasai jentera dan enjin untuk mencapaikan matlamat khilafatulLah
dengan lebih cepat.
6)
Allah mendetailkan lagi bicara tentang kebesaran
kerajaan Nabinya dengan membacakan contoh sikap dan perwatakan mulia Nabi Sulaiman dan tentera yang di
tarbiyyahkannya meskipun terhadap
makhluk yang paling lemah berupa semut.
Menurut Ulama tafsir, cerita perjalanan nabi Sulaiman
di lembah semut ini berlaku sewaktu Nabi Sulaiman selesai menunaikan ibadat
haji di Mekah sebagaimana yang di perintahkan oleh moyangnya nabi Ibrahim yang
telah lama dilupai oleh bani Israel . setelah selesai haji, ia meneruskan
perjalanan kea rah selatan . dalam perjalanan ini, yang akhirnya ia memperolehi
maklumat tentang kerajaan Sabak
Penghulu semut telah berpesan kepada pengikut dan anak
buahnya supaya mengutamakan keselamatan diri daripada berseronok yang kelak
boleh membinakana diri dan masyarakatnya. Masukkan kedalam sarang sewaktu Nabi
Sulaiman melalui kawasan mereka . janganlah ghairah menyaksikan kebesaran orang
lain(tentera Nabi Sulaiman) sehingga mati kena pijak. Janganlah pula berharap
kepada makanan yang tumpah sewaktu tentera Nabi Sulaiman melalui kawasan kamu sehingga
kamu di pijak oleh mereka juga.
Sebaliknya kamu hei semut-semut sekelian sebagai
makhluk yang rajin, tumpukanlah kepada kerja-kerja kamu yang kelak membawa
kejayaan kepada kita , golongan makhluk lemah ini.
Kalau kita benar-benar menghayati ayat ini, kita akan
terasa benar-benar tersindir terhadap pemimpin pemimpin yang terpesonak dengan
golongan yang lebih berpangkat darinya lalu memuja-muja golongan tadi dalam
beranga-angan akan memperolehi sesuatu kejayaan dengan senang melalui cara
membodek orang-orang besar tersebut.inilah perbuatan bodoh yang di buat oleh
pemimpin umat Islam yang membodek Amerika. Akhirnya mereka merelai pengikut
mereka terkorban di pijak oleh amerika. Hakikatnya
semut yang kerdil ini lebih bijak dari pemimpin-pemimpin Negara umat Islam ini
Dalam sudut yang lain, kita juga boleh melihat melalui
ayat ini bagaimana corak pemerintahan Nabi Sulaiman adalah penuh dengan kasih saying
meskipun kepada golongan yang paling lemah. Sehinggakan mereka yakin Nabi
Sulaiman tidak akan dengan sengaja memijak untuk membunuh mereka. Kasih saying yang di hulurkan oleh pemerintah
dapat di rasai oleh lapisan masyarakat sehingga mereka bersedia untuk tidak
mengalahkan pemimpin terhadap kemalangan
yang mengorbankan kumpulan mereka. inilah kekuatan yang tidak mudah untuk di
temui pada mana-mana pemimpin dunia hari ini.
AYAT 18
#Ó¨Lym
!#sÎ) (#öqs?r& 4n?tã Ï#ur È@ôJ¨Y9$# ôMs9$s% ×'s#ôJtR $ygr'¯»t ã@ôJ¨Y9$# (#qè=äz÷$# öNà6uZÅ3»|¡tB w öNä3¨ZyJÏÜøts ß`»yJøn=ß ¼çnßqãZã_ur óOèdur w tbrããèô±o ÇÊÑÈ
18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut
berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu,
agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak
menyadari";
Kisah yang berlaku di lembah semut ini mempunjyai pengajaran
yang sangat besar dan menarik. Kisah semut, makhluk yang sangat lemah tetapi
rajin dan mempunyai disiplin yang tinggi adalah di antara yang perlu di jadikan
guru oleh manusia.
Pesanan yang penghulunya serukan kepada anak buahnya
menunjukkan kepada kita bahaw a kejayaan nabi sulaiman kerana setiap unit
masyarakat di bawah pemerintahannya sangat mengambil peduli kepada anak
buahnya. Jika setiap ketua dalam masyarakat Islam mengambil peduli dan
memberikan perhatian kepada anak buahnya , menasihati dan memperingatkan
tentang mara bahaya yang bakal datang, tentulah sudah lama masyarakat Islam
akan menjadi masyarakat yang kuat, tiodak sebagaimana hari ini. Lemahnya masyarakat hari ini kerana ketua
membiarkan anak buahnya dalam kelalaian dan kealpaan. Bahkan pemimpinlah yang
memperbanyakkan hiburan kerana pemimpin terdiri dari golongan yang gilakan
hiburan dan lupa tanggung jawab. Maka lahirlah anggota yang tenggelam dalam
hiburan dan melupakan tanggung jawab
Ayat ini juga menjelaskan bagaimana kasih saying Nabi
Sulaiman terhadap rakyat jelatanya di akui oleh rakyat jelatanya yang paling
lermah sekali. Semut ini tidak risau sekiranya Nabi Sulaiman dan tenteranya
mengetahui kewujudan mereka di situ kerana mereka tidak akan dengan sengaja
memijak mereka. kalaulah tentera-tentera Nabi Sulaiman memijak
mereka, itu tentulah berlaku dengan tidak sengaja. Meskipun dengan tidak
sengaja, mereka tetap mati menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bersalah.
Demikianlah kasih saying seorang ketua tbernama
Sulaiman terhadap rakyat jelatanya.
No comments:
Post a Comment