MENYINGKAP
RUH ANDA DI ALAM MITHAL
Adakah anda pernah berfikiran untuk ingin mengetahui
hal keadaan keluarga anda di dalam kubur. Sekiranya jawapannya tidak, maka
pernahkah anda bertanya mengapa anda tidak mahu mengetahui lebih mendalam
perkara ghaib?
Hal ini jangan di rasakan pelik ataupun mustahil di
capai. Kepada mereka yang jujur dan bersih hati untuk lebih yakin dan percaya
kepada alam ghaib dan kebesaran Allah, hal ini boleh di capai sekiranya ia
terpilih di sisi Allah. Pencapaian ini termasuk dalam ilmu ahwal (ilmu rasa)
yang menjadi pembuka kepada ilmu asrar (campakan cahaya kefahaman secara direct
kedalam hati yang bersih). Ini bukanlah ilmu aqli yang boleh di pelajari
dalam kelas-kelas di universiti dan di dapati dalam buku-buku yang memenuhi
khutub-khanah di negara anda. Ia termasuk dalam bab man la yazuq la yazri ( من لا يذق لا يدرى ) Perkara
ini boleh di capai melalui cara bersembahyang hajat dan berdoa kepada Allah
agar di tunjukkan melalui alam mimpi.
Maka kita bukan sahaja dibolehkan berdoa supaya Allah
tunjukkan penyakit ruh yang melekat pada diri kita dan bagaimanakah rawatan yang
perlu di lalui oleh kita. Malahan di suruh berbuat begitu. Demikianlah juga
berdoa untuk melihat hal keadaan ahli keluarga kita yang telah mati.
Meskipun ada pertikaian tentang apakah yang datang
dalam mimpi itu adalah sebenarnya ruh, atau qarin si mati datang kepada kita
atau ruh idhofi kita melihat keadaan qarin atau ruh atau nafs tetapi sekurang-kurangnya
sedikit sebanyak ia memberikan gambaran yang kita ingin tahu itu.
MELAKUKAN SINGKAPAN
Mimpi ini boleh dihasilkan dengan cara berdoa dan
sembahyang hajat. Caranya ialah lakukan sembahyang hajat beberapa rakaat setiap
malam dalam tempoh beberapa lama. Sesudah solah hajat tadi lakukan amalan zikir
yang berterusan.
Di antara zikir-zikir yang seringkali di sarankan oleh
Ulama’ ialah zikir Asmaullah, terutamanya zikir ismuz Zat. Iaitu zikir Allah
Allah. Caranya sebagaimana yang di sebutkan oleh sebahagian ulama’ ialah;
1)
Duduk bersila dalam
keadaan tangan memegang lutut;
2)
Pejamkan mata;
3)
Kuncikan lidah
dengan cara menongkatkannya ke langit;
4)
Tarik nafas dalam-dalam
secara perlahan dengan membayangkan kalimah ALLAH pada hati. Kumpulkan
tenaga sebanyak yang mungkin sehingga perut menjadi kempis dan dada menjadi
mengembang;
5)
Tahan nafas selama
yang mungkin dengan membayangkan kalimah mulia itu menghisap segala hijab yang
berada di segenap penjuru dalam badan;
6)
Hembuskan keluar
dengan membayangkan segala hijab yang terkumpul itu keluar melalui bahagian
dalam badan;
7)
Tarik semula nafas;
8)
Lakukan secara
bertubi tubi.
Adapun lain-lain zikir Asmaullah yang perlu di lazimi juga
ialah seperti:
Ya `alimu al ghaibi was syahadah ( يا عالم الغيب
والشهاذة ) bermaksud Wahai Tuhan
Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib Tersembunyi Dan yang Nyata. Zikir ini
menyerlah rahsia yang tersembunyi.
Ya musawwiru يا
مصور bermaksud Wahai Tuhan yang menggambarkan makhluk kepada
rupa-rupa yang berbagai-bagai.
Orang yang
ingin melihat sesuatu yang tersembunyi seperti simbolik ta’bir mimpi, penyakit,
niat seseorang terhadapnya - siapakah yang berniat buruk terhadapnya dan
bagaimanakah ia melakukannya - akan memahami dengan jelas. Zikir ini juga mampu
memancarkan ilham berupa kiasan dan bandingan yang tajam dalam penerangan
sesuatu ilmu.
Ya Fattah يا
فتاح bermaksud
Wahai Tuhan Yang Maha Membuka (yang tertutup atau terkunci. Hukama’ menghuraikan
kekuatan zikir ini akan membukakan kepada hati untuk melihat ilmu batin dan ma’rifat
rahsia ketuhanan.
Ya Basirيا
بصير bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Melihat. Ulama’
menyebutkan bahawa pengamalnya secara umum akan mampu menyuluh isi hati yang
dalam, melihat perkara lembut.
Ya Khabir يا
خبير bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui. Rahsia zikir ini
memberikan kepada pengamalnya dapat melihat secara sedar dan mimpi perkara yang
di ingini.
Ya roqib يا
رقيب bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Memerhatikan dengan teliti.
Pengamalnya akan dapat mengecam perbezaan yang wujud antara perkara-perkara
yang tersembunyi.
Ya Syahidu يا
شهيد bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Menyaksikan.
Ya zahir يا ظاهر bermaksud
Wahai Tuhan Yang Maha Zahir (jelas) membukakan yang tersembunyi sehingga dapat
di lihat dengan nyata.
Ya batin يا
باطن bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Tersembunyi.
Zikir ini mampu membukakan kepada pengamal yang meliziminya untuk melihat
perkara-perkara tersembunyi.
Ya hadi يا هادى bermaksud Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi
Petunjuk. Untuk memilih yang benar dalam banyak- banyak jalan yang keliru.
Ya rashid يا
رشيد bermaksud Wahai Tuhan
Yang Maha Cerdik. Kekuatan zikir ini dapat mencari panduan ke jalan yang benar.
Ilham yang terbentuk dari cahaya zikir ini menemukan ahlinya kepada jalan yang
tepat.
PERINGKAT
PERINGKAT YANG DI ALAMI SEWAKTU ZIKIR
Tangga-tangga yang perlu di lalui untuk tujuan menyuluh sewaktu berzikir ialah :
Peringkat pertama :
Intibah.
Peringkat Kedua :
Isyraq
Peringkat Ketiga :
Musyahadah
DARI INTIBAH KEPADA ISYRAQ
Manusia seringkali berzikir dengan hati yang kosong.
Ini menyebabkan ia berkesudahan dengan tidur lena dan tidak memperolehi apa apa
dari zikirnya itu. Oleh itu, seseorang yang berzikir hendaklah memulakan
zikirnya dengan tafakkur dan tazakkur. Tafakkur ialah mengetahui atau berusaha
untuk mengetahui apa yang ia ingin cari dalam dirinya yang gelap itu melalui
zikir yang ia amalkan ini. Tazakkur pula ialah mengetahui bagaimanakah cara
untuk mengeluarkan apa yang di cari atau diperolehi daripada tempat ia tersepit
ke dalam itu.
Lazimnya pada permulaan seseorang berkecimpung dalam
samudra zikir, ia akan mengambil masa untuk memerhatikan wujudnya cahaya
seumpama sang suria pada rawangnya. Rawang ialah titik tengah antara dua bulu
keningnya. Maka, bilamana seseorang memejamkan matanya dan meneruskan zikir,
ahli yang berkelana akan merasakan terdapat bebola nur keluar melompat-lompat
dalam bentuk momentum dari pasaknya yang berpaksi di rawangnya. Dalam erti kata
yang lain, sewaktu ia hanyut dalam alam zikir, ia seolah-olah melihat di
bahagian rawang tersebut pergerakan cahaya zikirnya hanyut dalam lautan dirinya
seperti sebuah kapal yang sedang belayar di laut menuju ke satu destinasi yang
telah di jadualkan. Bilamana ia di lihat
dari sebuah kapal terbang di angkasa raya, kapal laut itu seolah-olah
terapung-apung tidak bergerak. Setelah beberapa lama di tumpukan kepada
perjalanan zikirnya itu, mulalah muncul satu gambaran yang amat kabur tertera
pada skrin yang di panggil rawang tadi. Rawang tersebut telah bertukar seolah-olah
menjadi satu skrin yang akan memaparkan sesuatu gambaran tertentu. Di saat
inilah seseorang itu dikatakan berada di panggil alam intibah.
Bilamana di pertekunkan lagi zikirnya beberapa lama
sehingga gambaran cahaya tadi lenyap dan di ganti pula oleh satu gambaran yang
lebih jelas. Gambaran kedua ini di panggil isyraq.
DARI ISYRAQ KEPADA MUSYAHADAH
Kami telah sebutkan pada peringkat pertama yang akan di
lalui dalam meneropong saka ialah maqam intibah. Pada peringkat ini, hanyalah
penggambaran yang kabur yang di perolehi sewaktu seseorang berzikir.
Pada peringkat ke dua pula bilamana gambaran yang
menjelma di rawang yang terletak di tengah-tengah antara dua kening kita
menjadi lebih terang dan jelas, ia di panggil pula sebagai Isyraq.
Sebagaimana yang telah di terangkan bahawa proses
pertukaran gambar dari lapisan yang kabur kepada lapisan yang semakin terang
dan jelas menunjukkan cahaya zikir telah mampu memberikan gambaran tadi
kekuatan untuk bertajalli di hati. Orang salik menyebutkan dengan ungkapan
tasauf satu istilah iaitu mithal bertajalli di alam malakut menghasilkan
musyahadah pada diri.
Mithal ertinya orang yang berzikir akan dapat melihat
melalui alam mithal imej-imej yang pasti akan tertera di skrin, imej itu
bermaksud menerangkan tentang sudut-sudut diri yang di cari dalam
persembunyiannya yang penuh dengan kegelapan tersebut. Bertajalli pula
bermaksud imej yang terjelma itu pada skrin (rawang yang terletak di tengah-tengah
dua bulu keningnya itu.)
Yang di maksudkan dengan alam malakut ialah hati.
Ini kerana hati adalah bateri yang bila mana tenaganya
kuat, akan dapat menjelaskan gambar yang kabur.
Gambaran yang ia akan lihat pada skrin di antara dua
bulu keningnya itu adalah dirinya. Gambaran tersebut menceritakan keadaan
dirinya yang dalam keadaan biasa tidak dapat ia fahami. Melalui zikir yang
berterusan , ia akan memahaminya.
TEMPOH
Tempoh yang perlu di ambil oleh seseorang yang berzikir
tadi untuk satu-satu peringkat iaitu
dari maqam intibah kepada maqam isyraq adalah berbeza antara seorang dengan
seorang yang lain. Ada yang cepat dan ada pula yang lama dan lambat
perjalanannya.
FAKTOR KEPADA TEMPOH TERSEBUT
Ini di sebabkan
oleh beberapa keadaan samada keadaan diri seseorang mangsa saka tersebut iaitu:
1)
Jenis diri (kejadian
asal tanah - ibarat jenis kereta yang di tunggang)
2)
Tahap kesucian
3)
Tahap kesungguhan
beramal
4)
Jenis makanan yang
di makan
5)
Tempat dan masa
yang di pilih untuk beramal
Untuk keterangan yang lebih detail dalam hal ini, sila
lihat buku kami saka siri 3.
No comments:
Post a Comment