Alam al mithal pula ialah alam pertengahan antara alam
ruh dan alam jasad. Ia lebih kasar dan berat dari alam ruh tetapi lebih ringan
dari alam jasad. Di alam inilah berlakunya penjelmaan jin, malaikat, syaitan
dan diri manusia yang tidak ia kenali iaitu diri yang berada dalam kegelapan.
PENJELMAAN
MALAIKAT
Lain-lain kisah
penjelmaan malaikat di alam maya boleh kita lihat dalam kisah-kisah :
1)
Penjelmaan Malaikat
Jibril dalam bentuk seorang lelaki berpakaian serba putih datang bertanyakan
Rasulullah SAW dalam satu majlis ilmu bertujuan mengajarkan para sahabat tentang
islam, iman, ihsan dan kiamat.
2)
Penjelmaan malaikat
dalam bentuk seorang lelaki dalam kisah budak menjualkan baqarah dalam Surah Al
Baqarah.
3)
Penjelmaan Jibril
dengan rupa Dehyah ibn al Kalbi
KEDUA : PENJELMAAN JIN
KETIGA
SYAITAN MENJELMA DALAM RUPA MANUSIA
1)
Dalam kisah
pemecahan patung al latta. Rupa seperti seorang lelaki yang sangat marah
menjelma dari dalam patung tersebut sewaktu patung tersebut di pecah selepas
Pembukaan Mekah. Ini menunjukkan syaitan walaupun tersembunyi ia tetap ada
hakikat jasad iaitu jasad yang halus tidak nampak di lihat dengan mata kasar. Ia
menjelma pada waktu tertentu seperti waktu ia tewas.
2)
Dalam masyarakat
kita, seringkali kita mendengar jelmaan-jelmaan jin seperti jelmaan hantu raya
mengikut rupa tuannya. Demikianlah juga jembalang menggunakan atau memasuki
alam mithal dan membentuk imej yang boleh berubah kepada beberapa peringkat
saiz. Demikianlah juga beberapa peringkat bentuk jelmaan gangguan hantu syaitan
yang lain. Namun begitu asalnya adalah satu hakikat yang tidak boleh di lihat
dengan mata kasar.
KEEMPAT
PENJELMAAN DIRI MANUSIA YANG TERSEMBUNYI MEMPAMERKAN HAKIKAT KEWUJUDAN ATAU KEADAAN DIRINYA
Pada diri setiap manusia terdapat beberapa entiti diri
yang ghaib. Diri-diri ini tidak mungkin dapat di lihat oleh tuan empunya diri
melainkan bilamana berlaku penjelmaan entiti diri tersebut dalam mimpi sewaktu
tidurnya ataupun melalui usaha-usaha penyingkapan terhadap diri yang
tersembunyi itu seperti melalui cara berzikir peneropongan ke dalam diri yang
tersembunyi itu. Maka, dengan berzikir, penjelmaan diri-diri tersembunyi
manusia tersebut kepada tuannya seringkali pada peringkat awalnya muncul dengan
rupa yang simbolik seperti rupa binatang, atau kenalan-kenalannya. Sekiranya di
teruskan zikir berpanjangan, penjelmaan rupa diri yang tersembunyi juga akan
terjelma lebih jelas dan nyata sewaktu berzikir. Gambaran yang tertera pada
rawang sewaktu berzikir juga menerangkan tahap diri kita sendiri atau hubungan
manusia dengan alam sekeliling samada hubungan berbentuk lahir atau batin.
Untuk memahami bahagian yang pertama ini, marilah kita
melihat beberapa contoh mimpi:
1)
Semasa tidur, manusia sentiasa bermimpi hal-hal
yang berkaitan dengan dirinya.
Kadang-kadang ia bermimpi yang buruk-buruk seperti jatuh dari bukit, jatuh dari
bangunan, di landa banjir atau ombak besar. Ia sendiri tidak tahu mengapa
gambaran mimpi sebegitu datang dalam tidurnya. Manusia juga tidak mengetahui
apakah maksudnya mimpi tersebut. Namun begitu hakikat mimpi tersebut adalah
bertujuan menerangkan tentang cabaran yang sedang menunggunya di hari depannya.
Cabaran itu di beritahu oleh ruh idhofinya kepada tuannya melalui alam mithal.
Hakikatnya gambaran yang ia lihat dalam mimpi adalah simbolik-simbolik yang
mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri yang perlu di gali.
2)
Bilamana seseorang
itu berzikir dan tumpuannya pada titik tengah tulang rawang yang terletak di
tengah-tengah perantaraan dua keningnya, maka ia akan merasakan ia nampak
cahaya yang menerangkan sesuatu yang kalau ia berterusan melakukannya, gambaran-gambaran
tersebut akan dapat menunjukkan jalan-jalan untuk mengungkaikan masaalah yang
di hadapinya. Ini menerangkan dalam berzikir juga seseorang boleh melihat diri
dan hal yang bersangkutan dengannya melalui alam mithal juga.
3)
Contoh seseorang
yang terjaga waktu subuh dan berhasrat untuk bangkit dari tidur untuk
mengerjakan sembahyang subuh tetapi malangnya terlena semula lantas bermimpi ia
menunaikan sembahyang subuh padahal masih terlentang di atas katil. Bilamana ia
tersedar kembali daripada lenanya, ia berasa amat kesal kerana belum
bersembahyang lagi. Pada fikirannya ia berkata alangkah bahagianya ia sekira ia
telah benar-benar menunaikan sembahyang subuh tersebut. Kejadian ini bertujuan menjelaskan melalui
alam mithal bahawa betapa kadang-kadang ruh yang baik di belenggu oleh nafsu
sehingga badan menjadi berat tidak dapat
menunaikan ibadat.
4)
Demikianlah juga
penjelmaan qarin ( orang sudah mati yang di temui oleh orang hidup) di tempat-tempat
dan masa-masa tertentu.
5)
Dewasa ini, di
zaman yang lebih canggih, terdapat juga imej manusia yang muncul pada screen
TV, cermin, rakaman bergambar yang di golongkan sebagai alam mithal. Umpamanya,
TV menyiarkan Obama Barrack sedang berucap di hadapan wartawan di White House.
Gambar yang di lihat pada skrin TV itu bukan sebenarnya Obama. Itu adalah
imejnya sahaja. Masakan Obama boleh masuk dalam TV yang sebesar 24 inci. Ia
pula boleh berada di tiap-tiap rumah yang penghuninya membuka TV. Itu hanyalah
pancaran yang menjelmakan imejnya, bukan hakikat dirinya.
6)
Gambar photo yang
di ambil oleh kamera juga di namakan
mithal iaitu gambaran sebanding tuan asalnya meskipun gambar tersebut adalah
kaku.
No comments:
Post a Comment