Tuesday, May 20, 2014

huraian surah an naml ayat 16


16.  Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".

Kebolehan  nabi sulaiman memahami percakapan burung bukanlah melalui pembelajaran sebagaimana manusia pada hari ini menghadiri kursus-kursus bahasa di pusat-pusat bahasa.  Bukanlah nabi sulaiman menghafaz satu bsatu persatu kalimah dan lenggang lenggk percakapan burung setelah mana mahu di denda oleh gurunya sebagaimana demikianlah lagaknya kita mempelajari sesuatu ilmu pada zaman sekaramg.



Yang mengajarkan itu ialah Allah.  Bolehkan berlaku seseorang itu mempelajari dari Allah?
 Sebagai perbandingan, sedarkah kita bilamana seseorang tidur lalu bermimpi seekor burung inatang bercakap dengannya, ia langsung memahami bicara binatang tersebut. Atau anjing yang mahu mengejar dan menggigit kakinya.—kita akan melarikan diri untuk menyelamatkan dari kena terkam oleh binatang tersebut.-sehinggalah kita terjaga


bagaimanakah kita dapat memahami prcakapan dan maksud binatang tersebut.
Jawabnya ialah


 sewaktu tidur, kita tidak mengambil hokum jasad sebagai ukuran kerana kita juga tidak menggunakan akal pada waktu tidur. kefahaman yang di perolehi dalam mimpi itu di namakan ilmu asrar kerana ia adal;ah kefahaman itu terbit atau dating dari suluhan  ruh. Di sini mungkin boleh kita kategorikan sebagai ruh idhofi yang berjalan dan memberikan faham tersebut kepada driakal) kita.
Demikianlah nabi Sulaiman memahami percakapan burung, meskipun dalam keadaan jaga dan sedar, tetapi adalah melalui pembukaan rahsia(asrar) yang allah anugerahkan kepadanya.

Kekuatan minda9pembukaan ) yang lazimnya ti miliki oleh seseorang sewaktu tidur  dan tidak di miliki sewaktu jaga  adalah di miliki olrh nabi Sulaiman . Kenapa?
Ini kerana ilmu pembukaan adalah terbuka kepada semua nabi2 dan rasul kerana jiwa mereka sentiasa ersih, jernih dan suci murni



Adapun kepada kita untuk memperolehi ilmu asrar sewaktu jaga inilah, kita perlukan kepada bantuan zikir yang boleh membersihkan keghelapan diri dan jiwa


Terdapat ulama tafsir yang menghuraikan bahawa nabi sulaiman bukan sahaja memahami percakapan burung dan semut malahan kesemua percakapan binatang di fahaminya. Maka ia dapat mengikuti perkembangan kehidupan yang menjadi topic perbincangan  binatang-binatang tersebut

Seterusnya  Allah menceritakan juga dalam ayat ini Nabi Sulaiman juga mengakui  Allah telah mengurniakan kepadanya pelbagai jenis ilmu untuk menjadi asbab yang membolehkan ia menguasai  kurniaan yang besar(pemerintahan). Maka kurniaan yang besar itu di perolehi daripada menggunakan dan mengurus kurniaan-kurnian yang kecil secara bertul.

Ertinya ilmu adalah modal kepada berkerajaan dan pembangunan.  Dan pembukaan d ri Allah itu adalah adalah modal kepada segala ilmu.


Kepentingan yang boleh kita petik daripada kelebihan  nabi sulaiman memahami  m/s 15-16v(7) 

No comments:

Post a Comment