Sunday, May 18, 2014

mertabat ruh dalam diri manusia


MERTABAT RUH DALAM DIRI MANUSIA

Al Allamah Al Murtadha di dalam syarah Ehya Ulumiddin telah membahagikan Ruh manusia kepada beberapa mertabat iaitu :
Ruh Hassas
Ruh Khayali
Ruh ‘Aqli
Ruh Fikri
Ruh Qudsi
Setelah ruh masuk ke dalam jasad manusia, ia di temani oleh jiwa dan akal.jiwa itu bersifat seperti isterinya manakala akal pula bersifat seperti anaknya. Bilamana akal seseorang berkembang, manusia teruji dengan kedatangan syaitan yang menunggang nafsu untuk mempedayakan manusia. Bilamana syaitan dapat menguasai jiwa dan akal, maka ruh jadi lemah kerana terperangkap dalam tipu helah syaitan. Maka pada peringkat ini di namakan ruh khayali. Bilamana seseorang itu membersihkannya dari segala kekotoran dan kekejiannya , maka ia naik dari satu peringkat kepada peringkat yang seterusnya. Mertabat Ruh Qudsi adalah mertabat paling tinggi sekali kerana pada mertabat ini, seseorang akan berada sebagaimana hakikat keadaan asal ruhnya.

Di alam kehidupan ini, bilamana seseorang yang berjaya mencapai tahap inilah maka berhimpunnya mereka yang dekat dengan Allah seperti golongan wali, nabi-nabi dan Rasul-Rasul. Inilah mertabat yang perlu di capai oleh setiap manusia biasa seperti kita.


SARANG RUH

Di manakah ruh itu bersarang di dalam badan manusia adalah suatu rahsia misteri yang amat menakjubkan kerana sehingga kini, perbincangan tentangnya di kalangan ahli ilmu tidak pernah mencapai satu kata putus. Ini kerana setiap bahagian badan manusia ada menunjukkan ruh terkandung di dalamnya. Tetapi kewujudannya tidak dapat memberitahu kepada kita di mana ia berada. Ada yang berkata ruh manusia adalah terletak pada jantungnya, ada pula yang berkata pada hati dan ada pula yang berkata ia berada di kesemua bahagian badan. Pendapat yang paling kuat dan tepat di kalangan ahli muktamad ialah hati kerana itulah hati di panggil sebagai istana ruh.

Ruh menjalankan fungsinya memberi kehidupan kepada manusia secara senyap seolah olah ia satu makhluk yang bisu dan bersembunyi. Ia hanya kadang-kadang dapat di lihat oleh mereka yang soleh di alam mithal melalui cara berzikir seperti mengamalkan zikir Ya musowwiru.              
Manusia tidak boleh mengeluar atau menghalaunya selagi belum sampai ajal. Bilamana ia keluar, tiada seorang pula yang boleh memanggilnya balik untuk masuk semula ke dalam badan.


HAKIKAT RUH DAN KEMATIAN

Di dalam menghuraikan tentang ruh, al Allama Murtadha az Zubaidi di dalam syarah Ehya Ulumiddin Imam Ghazali telah membawa beberapa contoh untuk memahami hakikat ruh seperti;

Api pelita bernyala setelah di cucuhkan mancis padanya. Sebab ia bernyala ialah kerana terdapat minyak dalam pelita tersebut. Bila ia di padamkan, kemanakah di simpan api tersebut, padahal minyak masih terdapat dalam pelita tersebut? Api bernyala itu adalah seolah-olah ia berada di satu alam yang di namakan kehidupan, di mana kewujudan ruh dapat di ketahui dengan adanya api itu bernyala, manakala api itu padam pula adalah seolah-olahnya ia berada di satu alam lain yang di namakan alam kematian. Ruh itu tetap ada, tidak mati tetapi di sembunyikan dari pengetahuan kita. Kita tidak mengetahuinya kerana mata kita tidak dapat melihatnya.

Yang pertama di masukkan dalam bab discovery (yang boleh di singkap dengan kajian, pembelajaran, dan pemerhatian manakala yang kedua di senaraikan dalam kumpulan covered (yang tidak mudah untuk di singkap. Yang jenis kedua inilah tujuan diturunkan Kitab dari langit supaya manusia memahaminya.

Beliau juga membawakan contoh kedua iaitu: Ketika terciptanya pokok, satu hakikat ialah getah telah tersedia wujud pada pokok tersebut tetapi belum muncul lagi, setelah ia mencapai tahapnya, ia muncul pada pokok tersebut. Soalnya di waktu mudanya, di mana getah itu berada? Berapa banyakkah pula jumlahnya kalaulah di kumpulkan kesemuanya?

Marilah kita lihat perbandingan ketiga pula iaitu apakah yang akan berlaku bilamana sesuatu enjin yang sedan berfungsi di matikan suisnya, maka jawabnya tentulah enjin tadi menjadi mati. Soalnya di manakah di simpankan pergerakan dan tenaga enjin tadi?
Contohnya mesin basuh, apabila di petik suisnya, maka ia bergerak, bilamana di padamkan suis tersebut, ia tidak bergerak. Soalnya, semasa dipadamkan itu, di manakah disimpankan pergerakan yang ada pada waktu di petik tadi? Di manakah kekuatan memusing dan memulas tadi? Di manakah pula kekuatan mengeringkan pakaian? Di manakah pula perginya suara bising enjin tadi? Jawabnya ialah ketika dia di petik tadi, ia berada di satu alam yang lain, manakala ketika di padam pula ia berada di satu alam lain. Ketika di petik tadi, ia berpusing-pusing memutarkan baju, ia bising kerana bekerja untuk mengeringkan pakaian tersebut. Natijahnya pakaian tersebut jadi bersih. Manakala ketika di padam pula, tiada berpusing-pusing, tiada berputar-putar dan tiada bunyi bising. Natijahnya baju itu tidak bersih, ia kotor sebagaimana asalnya.

Dua keadaan yang berbeza ini dapatlah memberikan gambaran antara kehidupan dang terdapat ruh di dalamnya dan kematian yang ruh telah keluar dari berada di dalamnya.

No comments:

Post a Comment