Sunday, May 18, 2014

ruh dan pembantu2nya

Asalnya Allah menjadikan ruh yang datang dari alam tinggi (langit) ini berpasangan dengan nafs yang sememangnya telah berasal dari alam rendah (bumi). Hikmah di jadikan berpasangan begini adalah untuk menunjukkan setiap makhluk Allah adalah bersifat berhajat antara satu sama lain. Kesemua yang berhajat kepada yang lain untuk hidup adalah berhajat kepada Allah. Maka makhluk itu bersifat iftiqor iaitu berhajat kepada kesempurnaan Allah. Lihatlah Allah SWT menyebut :

z`»ysö6ßÏ%©!$#t,n=y{ylºurøF{$#$yg¯=à2$£JÏBàMÎ7/Yè?ÞÚöF{$#ô`ÏBuróOÎgÅ¡àÿRr&$£JÏBurŸwtbqßJn=ôètƒÇÌÏÈ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yaa Siin : ayat 36)

Ayat ini menjelaskan bahawa tanda kesempurnaan Allah ialah kerana ia adalah Maha Esa dan Tunggal manakala tanda lemahnya makhluk yang Ia jadikan ialah berpasang-pasangan. Ia jadikan tanda lemah itu ada pada makhluknya dengan kejadian yang bersifat lain atau berlawanan dengan Zatnya yang tidak beristeri, maka Zat Yang Tinggi itu tidak beranak.

Ulama’ telah menyebutkan bahawa ruh di taqdirkan berpasangan dengan alam rendah kerana tinggi itu lawannya rendah.


NAFS

Syeikh Mohamad Mutawalli Sya`rawi menyebut bahawa dari segi bahasa Arab, nafs di ambil dari perkataan na fa sa yang bererti lepas. Yang di maksudkan dengan kata melepaskan di sini  ialah  manusia itu, bilamana ia bangun dari tidur, ia memperolehi nafs yang baru, sebagaimana manusia itu memperolehi hari baru dengan perasaan baru. Nafs yang baru itu pula di isi ke dalam ruh sebagaimana hari-hari yang di lalui mengisi umur kehidupan manusia. Ertinya setiap hari, ruh adalah yang lama tetapi yang baru setiap hari ialah nafs sebagaimana umur manusia itu adalah satu yang sudah lama di lalui manusia tetapi jadi bertambah bersama hari-hari yang menjelma.


Dalam huraian tasauf, oleh kerana nafs di jadikan di alam yang rendah ini (di dunia).  Maka ia adalah bersifat lebih lemah, mudah tunduk dan terpengaruh dengan segala yang datang kepadanya (waridat) .


Ayat ini menjelaskan bahawa meskipun nafs itu asalnya baik, tetapi ia mudah tunduk kepada waridat yang datang memujukkan tanpa meneliti panjang lebar waridat itu baik ataupun jahat. Oleh itu, bilamana ia di pengaruhi oleh pelbagai jenis waridat yang datang kepadanya, maka mertabatnya menjadi berubah-ubah kepada tujuh mertabat berdasarkan tahap-tahapnya. Iaitu:

1)      Ammarah
2)     Lawwamah
3)     Mulhimah
4)     Mutmainnah
5)     Radhiah
6)     Mardhiyyah
7)     Kamiliyyah

Kamiliyyah adalah mertabat asal nafs iaitu mertabat mulia sebelum di rosakkan oleh waridat.



RUH IDHOFI

Ruh Idhofi ialah ruh yang berada bersama ruh hakiki di dalam badan manusia. Berbeza dengan ruh hakiki yang tidak keluar dari badan manusia melainkan apabila datang ajalnya, ruh idhofi keluar bilamana seseorang itu tidur (mati kecil).

Ruh idhofi bererti  satu cahaya seni yang di panggil cahaya sandaran kepada ruh hakiki di dalam badan. Di waktu malam, ia keluar merayau-rayau di alam syahadah untuk mengambil tenaga malam. Ini kerana malam itu   adalah waktu kehidupan (bekerja) ruh. Maka badan manusia itu dapat berehat sepenuhnya. Apatah lagi sekiranya badan itu berada di tempat yang gelap. Ia mampu melihat berbagai-bagai perkara sekiranya di tambahkan kepadanya kekuatan mengfukoskan. Ia bukan sahaja mempunyai kekuatan melihat perkara yang telah berlaku, bahkan sebahagian perkara yang akan berlaku pada kadar yang terbatas, lantas sebahagian pandangan- pandangan yang di lihatnya itu akan di kirimkan kepada abang (angkat)nya, ruh hakiki dalam bentuk gambaran berupa mimpi sebagai pemberitahuan untuk di fahami oleh manusia empunya jasad. Soalnya samada manusia itu memahami isyarat mimpi itu atau tidak adalah bergantung kepada manusia itu sendiri. 

Bilamana ia kembali masuk ke dalam jasad pada waktu yang awal (sebelum siang), jasad tadi akan memperolehi kekuatan yang maksimun. Jasad yang memiliki kekuatan yang maksimum ini pula, bilamana di ajarkan supaya sujud kepada Zat Pencipta, ruh itu pula akan mempunyai kekuatan yang tinggi. Inilah faedah besar yang akan di perolehi oleh seseorang yang rutin melakukan solat tahajjud iaitu ruh hakikinya tunduk sujud setelah ruh idhofinya kembali daripada menyaksikan akhbar. 

Catatan:


ª!$#®ûuqtGtƒ}§àÿRF{$#tûüÏm$ygÏ?öqtBÓÉL©9$#uróOs9ôMßJs?Îû$ygÏB$oYtB(ہšôJçŠsùÓÉL©9$#4Ó|Ós%$pköŽn=tæ|NöqyJø9$#ã@Åöãƒur#t÷zW{$##n<Î)9@y_r&K|¡B4¨bÎ)ÎûšÏ9ºsŒ;M»tƒUy5Qöqs)Ïj9šcr㍩3xÿtGtƒÇÍËÈ

42.  Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka dia tahanlah jiwa (orang) yang telah dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
(Surah Az Zumar : ayat 42)

Penggunaan anfus - nafs dengan maksud ruh idhofi iaitu ruh yang keluar sewaktu tidur menjelaskan kepada kita bahawa kadang-kadang ruh di panggil juga dengan nafs dan begitulah sebaliknya. Penggunaan ini berbentuk majazi (simbolik) semata-mata.

Ruh hakiki keluar apabila mati manakala ruh idhofi keluar sewaktu sang hamba ini tidur. Ruh idhofi keluar waktu malam untuk memberikan kerehatan yang maksimum kepada manusia.

Ruh idhofi itu perlu balik kepada ruh hakiki di dalam jasad manusia kerana ia adalah sandaran yang bersandar kepada ruh hakiki. Dalam erti kata yang lain, seperti peranan nafs, sebagai isteri perlu balik ke rumah suami dan tidak boleh bertindak sesuka hati, demikianlah ruh idhofi mestilah balik membantu tuannya juga.


QARIN

Teman ketiga ruh ialah qarin. Ia di terjemahkan oleh alim ulama kita sebagai bayang kepada ruhtetapi yang lebih tepat ialah guard(penjaga) ruh. Berkaitan dengannya, Rasulullah SAW bersabda:

عن إبن مسعود قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا مِنْكُمْ مِن أحَدٍ إلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِيْنُه مِنَ الجِنِّ وَقَرِيْنُه مِنَ المَلائِكَةِ قَالُوا  وَإِيَّاكَ  يَا رَسُولَ اللهِ قَال وَإِيَّاىَ وَلكِنَّ اللهَ أَعَانَنِى عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلَا يُؤْمَرُنِى إلَّا بِخَيْرٍ – رواه مسلم
– ح 69  الفصل الأول (2) باب الوسوسة  من كتاب مشِكاة المصابيح لمحمد بن عبدالله الخطيب التبريزى ج 1 المكتب الإسلامى تحقيق محمد ناصر الدين الألبانى صفحة  
                                     
Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Tiadalah seorangpun dari kalangan kamu melainkan sesungguhnya telah di wakilkan kepadanya qarinnya dari kalangan jin dan qarinnya dari kalangan malaikat, lantas para sahabat bertanya: (meskipun) kepadamu ya Rasulullah? Sabda Rasulullah (meskipun) kepada ku tetapi Allah telah menolongku terhadapnya, maka ia tidak memerintahkanku melainkan dalam perkara kebaikan.

Dalam hadis ini, dengan terang dan jelas sekali Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa Allah SWT telah mewakilkan diri manusia kepada qarin. Atau dalam kata yang lain, qarin telah di wakilkan oleh Allah untuk menjaga jasad manusia. Qarin itu bukanlah berasingan dengan diri manusia itu sendiri malahan menjadi sebahagian dari entiti-entiti atau unsur-unsur yang bersebati di dalam dirinya bersama-sama dengan ruh. Ini bererti dalam diri manusia itu ada terdapat satu kuasa bersama-sama ruh yang mempunyai pengaruh yang kuat dan besar ke atas diri manusia. Ia boleh menundukkan manusia tetapi tidak mudah bagi manusia untuk menundukkannya. Perlawanan untuk tunduk- menunduk antara satu sama lain berlaku dalam diri manusia sendiri. Untuk menundukkannya, manusia mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berterusan serta memohon pertolongan secara langsung dari Allah supaya qarin itu di tundukkan kepada perkara-perkara iman dan taqwa yang semestinya menjadi amalan manusia tersebut.
.
Perkara kedua yang boleh kita fahami dari hadis ini ialah qarin tersebut terbahagi kepada dua iaitu: 1) ada yang baik, dan 2) ada yang jahat. Lebih dalam lagi hadis ini menjelaskan  manusia itu bukanlah di kuasai oleh satu qarin yang sekali di kuasai oleh kebaikan manakala sekali yang lain di kuasai oleh kejahatan pula tetapi sebaliknya hadis ini bermaksud manusia itu di kuasai oleh dua qarin yang berlawanan antara satu sama lain. Yang satu adalah baik dan di sifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai malaikat manakala yang satu lagi adalah di kuasai oleh kejahatan dan di gambarkan dalam hadis ini sebagai jin. Ini kerana perkataan jin seringkali di gunakan untuk setan dan makhluk jahat. Dalam perlawanan antara dua ini, seperti dua pasukan yang berperang, sewaktu salah satu dari dua pihak itu menang, maka yang satu lagi adalah kalah.




No comments:

Post a Comment