Alam arwah adalah satu alam ghaib yang sangat luas dan
seni, tidak dapat di capai melalui akal dan pancaindera. Terangkum di dalam
alam ruh ini ialah alam lahut dan alam jabarut. Di alam inilah, unsur manusia
yang pertama di jadikan dan di simpankan sebelum bercantum dengan jasad. Bersama
dengan kejadian ruh-ruh manusia inilah terdapatnya kediaman sebahagian malaikat.
RUH MANUSIA
Ruh manusia di jadikan dari cahaya dan masih berbentuk
cahaya ketika di alam ruh. Al Quran dengan jelas sekali mendedahkan kepada kita
bagaimana ruh ini telah memperakui Allah sebagai satu-satu tuhannya yang berhak
di sembah. Firman Allah:
PENGERTIAN
RUH
Ruh di ertikan sebagai satu jawhar bercahaya yang sangat lembut bersifat
ketuhanan berasal dari alam yang tinggi. Dalam kitab-kitab tasauf, ulama’ telah
menta’rifkannya sebagai:
جوهرنورانى ربانى لطيف سماوى
Objek bercahaya bersifat (di bangsakan kepada) ketuhanan yang lembut
dari alam yang tinggi.
Dari definasi di atas, dapatlah kita faham bahawa ciri-ciri ruh itu
adalah:
1)
Satu jawhar - makhluk kejadian Allah yang
sangat unik. Keunikannya menjadi misteri yang belum dapat di singkap sepenuhnya
oleh pengkaji-pengkaji Ruh. Termasuk dalam kumpulan jawhar yang bukan berjasad
ialah malaikat, jin, syaitan, angin, suara sebagainya lagi.
2)
Nurani - di kaitkan kepada cahaya – pada
hakikat asal kejadiannya, ada sudut persamaan antara kejadian ruh dan malaikat.
Kedua-duanya di jadikan dari cahaya. Lawannya ialah nariyyun iaitu makhluk yang
asal kejadiannya daripada api seperti jin
dan syaitan. (lihat firman Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 15) . Oleh kerana ruh itu di bangsakan kepada
cahaya, maka ia mampu bergerak laju dalam
jarak yang jauh dengan cepat.
3)
Yang sangat lembut sehingga dapat menerobos
masuk melalui dinding. Ruh sebagaimana malaikat juga tidak dapat di lihat oleh
mata kasar dan tidak dapat di kesan oleh panca indera kasar. Lawannya ialah
kathif (tebal) seperti cahaya matahari, bulan dan bintang-bintang, asap, batu,
air dan angin dan bunyi yang boleh di halang oleh benda kasar seperti dinding.
4)
Bersifat ketuhanan - di sandarkan kepada
tuhan kerana kemuliannya yang khusus telah di berikan Allah kepadanya. Maka
setiap makhluk yang hidup memerlukan kepada ruh. Ruh ini sentiasa menasihati
akal dan jiwa supaya sentiasa berada di bawah keredhaan Allah. Ia juga sentiasa
berada dlama keadaan berzikir Allah Allah Allah berterusan tanpa putus
5)
Berasal dari alam tinggi (langit). Yang di
maksudkan dengan alam tinggi ini ialah suatu tempat yang lebih mulia dari
tempat kita di sini di mana di situ berkumpulnya makhluk mulia seperti para
malaikat dan tidak mampu di capai oleh syaitan. Hakikatnya kita tidak
mengetahui kerana kerajaan Allah itu amatlah luas dan pengetahuan kita amat
sedikit. Yang pastinya ia bukanlah di dunia ini.
Maka Ruh bukan seperti produk keluaran
Amerika atau Hong Kong. Oleh kerana itulah seseorang yang mengkaji kejadiannya
akan mendapati bahawa kejadiannya adalah sebenarnya sesuatu yang amat unik.
Tempat ini di kongsi bersama oleh para malaikat manakala syaitan tidak dapat
tiba ke tempat tersebut kerana setiap kali ia ingin memasuki kawasan tersebut,
ia di panah oleh panahan berapi. Firman Allah
EPISTOMOLOGY RUH
Perkataan ruh sebagaimana yang kita semua mengetahui
adalah berasal dari perkataan Arab. Untuk kita memahami lebih mendalam,
perkataan rah, reh dan ruh adalah perkataan-perkataan yang menarik untuk di
fahami Di sana ada kaitan yang rapat diantara ruh dan reh. Ruh bererti ruh
manakala reh bererti angin. Kedua-duanya mempunyai sudut persamaan iaitu kedua-duanya
adalah kejadian yang tidak dapat di lihat oleh mata tetapi dapat di ketahui
kehadirannya. Ada angin dapat di ukur dengan adanya pergerakan seperti daun
yang bergoyang manakala wujud ruh dapat di ketahui melalui adanya kehidupan. Maka
tiada ruh ertinya mati, demikianlah tiada angin tiada pergerakan.
Kaitan ruh
dengan rehat ialah bahawa bilamana nafsu kecintaan kepada dunia di lepaskan
(nafs) dari dalam diri, maka manusia tersebut akan dapat ketenangan, tetapi
sebaliknya bilamana nafsu kecintaan dunia tersebut di simpan dalam diri, ia
akan menderitakan manusia itu.
HAKIKAT RUH
Menurut Abil Baqa Ayyub Bin Musa El Husaini El Kafawi
(1094H/1683M): [1] Ruh
adalah jisim yang sangat lembut dan halus. Ia bukanlah madah (objek) yang
berjisim kerana ruh itu tidak mengambil tempat. Berbeza dengan madah yang
sifatnya mengambil tempat. Ruh berlari dan mengalir di dalam badan manusia
secara lembut tanpa di sedari oleh manusia tersebut. Itulah sebabnya bilamana
manusia mencari dimanakah ruhnya dalam jasadnya, ia tidak akan dapat
melihatnya.
Lantaran itulah ruh seringkali di sifatkan secara
majazi dalam pelbagai penulisan Islam laksana bekas yang boleh di isi dengan
kebaikan dan keburukan secara banyak atau sedikit sebagaimana mata menerima
redup, mendung dan cerah cahaya matahari. Namun begitu hakikatnya yang menerima
perubahan baik dan buruk itu ialah nafs iaitu pasangan ruh. Ini kerana mereka
berdua hidup berpasangan dalam satu rumah tangga yang dinamakan hati dan mentadbir jasad. Hakikat berpasangan
ini adalah suatu sunnatullah pada sekelian makhluk ini sebagai mana yang di
terangkan oleh Allah SWT:
`ÏBurÈe@à2>äóÓx«$oYø)n=yzÈû÷üy`÷ry÷ä3ª=yès9tbrã©.xs?ÇÍÒÈ
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.
(Surah
Adz-Dzaariyaat : ayat 49)
Maka, sebagaimana juga ulama lain, Al Kafawi menyokong
pendapat kebanyakan ulama’ tasauf yang mengibaratkan bahawa ruh adalah laksana
suami manakala nafs adalah laksana isteri. Kedua-duanya berkumpul secara mesra
di dalam badan selama mana manusia itu hidup. Walaupun mereka adalah sepasang
laksana sepasang suami isteri, tetapi ruh berasal dari langit iaitu alam tinggi
manakala nafs pula berasal dari alam yang rendah iaitu bumi (dunia). Kedua-duanya
mempunyai perbezaan tersendiri di mana nafs banyak bergantungan kepada ruh.
Bilamana ruh telah keluar dari badan, maka
berlakulah mati. Sebelum ruh keluar dari jasad, naf terlebih dahulu
keluar setelah menyaksikan nafsu gagal dalam pertarungan naza` menentang ruh.
Demikianlah bandingan gandingan antara ruh dan nafs
dalam satu badan manusia sebagaimana gandingan suami isteri dalam menjalankan
tugas rumah tangga. Setiap seorang dari suami atau isteri itu pula mempunyai
bayang-bayang yang tidak akan dapat di pisahkan antara satu sama lain. Maka
demikianlah ruh dan nafs juga mempunyai bayang-bayangnya yang tersendiri.
[1] Al
Kuliyyat m/s 469
No comments:
Post a Comment