RUH DAN MUSUH-MUSUHNYA
Dalam perbincangan yang terdahulu, jelaslah kepada kita
bahawa bilamana berada di dalam badan, ruh sebagai satu makhluk yang datang
dari alam tinggi akan sentiasa berlawanan dengan anasir-anasir jahat yang datang
dari alam rendah yang berebut-rebut menobatkan dirinya sebagai raja dalam
kerajaan badan manusia yang bergelar khalifah Allah itu.
SYAHWAT (النفس الخبيثة )
Syahwat di panggil sebagai an nafs al khabithah iaitu
anasir yang jahat. Walaupun ia bukan berasal dari nafs, tetapi ia mampu
membujuk nafs supaya melakukan kejahatan sehingga nafs tadi jatuh ke mertabat
lawwamah dan ammarah. Dalam masyarakat kita semenjak zaman silam lagi, alim
ulama menyebutkan dengan nama nafsu dengan
di letakkan huruf waw pada hujungnya dan di padamkan perkataan kedua al khabithah
itu. Maka jadilah nafsu itu nama panggilan padahal nama sebenarnya adalah nafsu
khabithah.
Nafsu Syahawat atau nafs khabithah ini adalah satu
cahaya yang gelap dari alam yang rendah yang menjadi kesukaan syaitan
menungganginya. Ia setiap masa akan menuju kearah yang di perintahkan oleh pemandunya (syaitan tersebut). Itulah
sebabnya Ibn Rumi menggambarkan nafsu seperti sebuah kenderaan yang pemandunya
adalah makhluk yang bernama syaitan.
Syahwat ini, sentiasa membisikkan kepada akal dan jiwa
supaya melakukan penderhakaan melalui cara meninggalkan ajaran bapanya(ruh).
Bukanlah setakat itu sahaja, tetapi juga sebagaimana lelaki jalang yang tergamak
menggoda isteri orang. Syahwat ini berani merosakkan sehingga nafs itu jatuh ke
martabat Ammarah dan Lawwamah.
Bilamana nafs telah jatuh ke martabat yang hina, maka
nafs dengan tunjuk ajar dari nafsu akan bercakaran dengan ruh pula. Bilamana
nafs telah memiliki ammarah yang kuat kerana telah menjadi pengikut nafsu yang
setia, ia dengan cara yang lemah lembut seperti seorang isteri yang
berkepentingan akan merendahkan martabat ruh sehingga lenyap martabat qudsi
dari dirinya, makin lama makin di kotorkan lagi ruh sehingga jatuh ke martabat
paling rendah sekali iaitu akhirnya
tumbang juga ke tangga hawwasy. Dalam agenda menguasai tubuh badan manusia, bilamana nafsu di
marahi oleh si bapa (ruh) kerana kejahatannya yang keji, atau bapa (ruh)
menasihati akal supaya tidak menurut kehendak nafsu, maka untuk memperolehi
kemenangan, nafsu akan memancing simpati dan pembelaan dari si ibu (nafs). Oleh
kerana mereka sama-sama datang dari alam yang rendah, nafs akan amat mudah
menyokong dan membela nafsu.
Namun begitu, oleh kerana ruh adalah makhluk yang
berasal dari alam tinggi, ia tetap insaf dan sedar dan cuba mempertahankan
negara yang bergelar diri manusia ini dari jatuh ke tangan nafsu syaitan.
Sekiranya ia dapat memperkuatkan dirinya, maka nafsu tidak berjaya memujuk
nafs, ruh qudsi, qarin dan akal. Maka kekalkan ketuanan kerajaan diri manusia
dan kekuatannya kepada ruh. Maka ruh dengan keupayaan yang asal berjaya
memperolehi kekuatan yang berupa kesejahteraan dari Allah ketika dalam jasad
tersebut.
Pertembungan langsung antara nafsu dan ruh sentiasa
berlaku berterusan sepanjang masa sehinggalah kemuncaknya ialah bilamana ruh
itu mahu keluar meninggalkan jasad dalam satu peristiwa yang di panggil
kematian.
MALAKUL
MAUT MEMANGGIL RUH KELUAR
Menurut ulama’ tafsir, yang sebenarnya di panggil
keluar oleh Malakul Maut ialah ruh bukannya nafs tetapi oleh kerana nafs telah
menguasai ruh, maka di serukannya sebagai majazi kepada ruh.
Hal ini boleh kita bandingkan seumpaman dalam rumah
tangga, bilamana isteri yang berkuasa membuat segala keputusan, maka di
katakana isteri itu sebagai raja kepada rumah tangga tersebut padahal hakikat sebenarnya
adalah suami yang menjadi ketua rumah
tangga.
Bilamana malakul maut datang dan memanggil ruh keluar,
maka berlaku satu proses yang di panggil naza’. Naza’ bererti berlaku
pergelutan sewaktu ruh keluar dari jasad tersebut. Ini kerana syahwat tidak
mengizinkan ruh keluar dari jasad kerana bilamana ruh keluar dari jasad,
keadaan mati yang berlaku itu akan menghalang syahwat menikmati kenikmatan-kenikmatan
duniawi kerana kenikmatan itu hanyalah dapat di rasai sewaktu jasad itu hidup.
Maka syahwat akan menghalang dengan sepenuh keupayaannya dengan cara memberkas
dan menyiksa ruh agar jangan keluar dari jasad. Pergelutan inilah yang
dinamakan sebagai naza’.
Namun begitu ruh mempunyai kekuatan yang bilamana ia
kumpulkan, akan dapat melepaskan dirinya daripada cengkaman syahwat tadi. Maka ruhpun
keluar dari jasad kerana kepatuhan kepada perintah malaikat tadi adalah suatu
yang tidak akan di ingkarkan lagi olehnya
BAHAGIAN KETIKA
Menyingkap
tahap ruh dalam diri sendiri di alam mithal
No comments:
Post a Comment