Sunday, May 18, 2014

hubungan ruh




Sebenarnya ruh adalah satu makhluk yang melalui perjalanan yang sangat panjang. Di sini kita bahagikan kepada tiga peringkat sahaja iaitu:
1)      sebelum masuk jasad (sebelum berada di alam janin)
2)      ketika di dalam jasad
3)      perjalanan ke alam tinggi sesudah ke luar dari jasad (alam barzakh)


SEBELUM ALAM  JANIN

Sebagaimana yang telah di terangkan bahawa Alam Lahut adalah tempat di mana ruh manusia di ciptakan Allah. Alam kedua ialah Alam Jabarut di mana manusia di pakaikan dengan cahaya sultani dan seterusnya Alam Malakut pula iaitu ruh manusia di pakaikan pula dengan cahaya malakut yang di sebut ruhani. Kemudian di turunkan pula ke Alam Mulki dan di pakaikan dengan cahaya mulki. Di sinilah di namakan ruh jasmani. Setelah itu barulah di turunkan ke bumi untuk masuk ke sarangnya yang di panggil jasad.  Pemindahan ruh kepada beberapa alam ini di tentukan Allah bagi membolehkan manusia yang akan di gelar khalifah itu dapat menjalankan tugas sebagai wakil Allah. Namun begitu, ada juga yang menamakannya tempat di mana ruh itu berada sebelum di masukkan ke dalam jasad dengan nama alam akmal atau alam mithal - alam yang mengenali hakikat ruh.





RUH  DI  DALAM  JASAD


Di dalam jasad, ruh menemui pengikut dan musuh-musuhnya yang akan kami perdetailkan dalam bahagian yang akan datang.

Kajian tentang mimpi juga merupakan satu kajian yang sangat mustahak untuk kita fahami keadaan ruh berada di dalam jasad.





SETELAH MATI

Bilamana seseorang itu mati, samada jasadnya di letakkan ke dalam satu-satu kubur tertentu atau tidak berkubur, ruhnya yang tidak mati itu berada di suatu alam yang sangat luas di panggil alam barzakh. Firman Allah:
`ÏBur NÎgͬ!#u‘ur îˆy—öt/ 4’n<Î) ÏQöqtƒ tbqèWyèö7ムÇÊÉÉÈ
dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan(Surah Al Mukminun ayat 100)


Di alam barzakh ini, ruh tersebut tidaklah kaku sebagaimana jasadnya yang mati tersimpan di tanah kuburan itu malahan ruh tersebut akan terus menerus dapat  melihat, mendengar , merasa dan bergerak dari satu tempat  ke satu tempat yang lain.  Hakikatnya walaupun jasad sudah mati, ruh tidak mati. Namun begitu percakapan ruh tidak boleh lagi didengari oleh jasad-jasad orang hidup. Ruh juga boleh mendengar percakapan dan bunyi sebagaimana riwayat yang menceritakan Rasulullah SAW bercakap kepada mayat musyrikin Mekah yang terbunuh dalam perang Badar.



Di antara tempat yang amat di ingini oleh ruh untuk pergi ialah kembali ke rumah asalnya iaitu di alam jabarut yang tinggi tempat dari mana ia datang. Ia pulang ke rumahnya seorang diri sebagaimana ia mula datang. Ia tinggalkan di dunia ini segala yang di perolehinya semasa hidup itu. Bukan sahaja ia meninggalkan harta benda, sahabat handai, teman taulan, sanak saudara dan pengaruh serta pangkat malahan juga ia tinggalkan juga pasangannya nafs yang telah di sifatkan seolah-olah isterinya itu. Kesemua ini di tinggalkan di dunia ini.

Sekiranya di dunia dulu, suara ruhnya menjadi amat perlahan sehingga tidak mampu di dengari dalam banyak keadaan oleh jasadnya kerana suara jasadnya itu lebih meninggi akibat sudah di kuasai oleh nafsu, pada hari ini, suara ruh ini mula mampu berperanan semula.
Kalaulah kita bayangkan sekejap ruh kita ini berobjek seperti jasad, maka marilah kita tanyakan diri kita sendiri berani dan mampukah ruh kita ini pulang sendirian tanpa teman padahal perjalanan itu amatlah jauh. Ketika di dunia dulu, apabila seseorang menaiki kapal terbang untuk ke luar negara, ia tidak mahu pergi bersendirian kerana ia hanya akan mahu sentiasa berteman. Di hari ini, di hari di mana perjalanan yang jauh itu tidak mampu di ukur lagi, terserahlah kepada tahap keberanian sejauh mana ruhnya sanggup meredahi perjalanan yang jauh itu.

Soalnya lagi, kenalkah ruh tersebut jalan-jalan yang perlu di laluinya padahal di sepanjang perjalanan itu, tiada langsung papan tanda panduan perjalanan dan tiada pula di bekalkan dengan peta atau pelan. Ketika ruh itu datang kedunia untuk masuk ke dalam jasad pertama kali dulu pula, tiada siapapun yang ingat tentang perjalanannya kerana perjalanan itu berlaku sebelum manusia mempunyai akal.

Inilah persoalan-persoalan yang perlu di jawab oleh setiap manusia kerana ia pasti menghadapinya.  Maka, dalam perjalanan ini, ada ruh yang berjaya sampai ke destinasi dan ada pula yang tidak mampu tiba ke destinasinya.




RUH DI PINTU LANGIT DAN MI`RAJ

Dalam kisah isra’ dan mikraj yang berlaku kepada Rasulullah SAW, di terangkan kepada kita bagaimana Rasulullah SAW bersama dengan penemannya, malaikat Jibril sendiri, yang menjadi penghulu kepada segala malaikat, di soal siasat oleh malaikat penjaga pintu langit.


Satu lagi catatan tambahan yang perlu di sebutkan juga di sini ialah bahawa mi’raj itu ertinya mendaki sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah SAW pada malam tersebut. Walaupun kita sebenarnya tidak mengetahui hakikat mendaki yang sebenarnya, tetapi sekurang-kurangnya ia adalah menerangkan tentang perjalanan dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi. Demikianlah halnya keadaan ruh, ia akan mendaki ke langit dalam perjalanan pulangnya kembali ke rumah asalnya dan berulang alik turun naik diantara langit iaitu alam yang tinggi dengan bumi alam yang rendah ini. Pada perkiraan jasad, hal ini adalah sesuatu yang amat memenatkan tetapi pada ruh, ini adalah suatu yang menyeronokkan. Kegembiraan ini di gambarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan ruh berulang alik ke kuburnya bilamana memperolehi salam dari saudaranya. Sabda Rasulullah SAW:
إذًا مَرَّ الَّرجُلُ بِقَبرِ أخِيهِ يَعرِفُه فَسَلَّمَ عَلَيهِ رَدَّ عَلَيهِ السَّلامِ  وَعَرَفَه , وَإذَا مَرَّ بِقَبرِ لا يَعرِفُه فَسَلّمَ عَلَيهِ رَدّ عَليهِ السّلام

Apabila seorang lelaki melalui kubur saudara (seIslam)nya yang ia kenali, lantas ia memberi salam, ia (ruh si mati) menjawab salam tersebut dan mengenalinya, demikianlah bilamana seseorang melalui kubur seorang yang ia tidak kenali lantas memberi salam kepada ahli kubur, ( ruh si mati tersebut ) turut menyahut salamnya .

Hadis ini menjelaskan kemana sahaja ruh itu pergi, ia pasti akan balik untuk menjawab salam saudaranya yang hidup yang melalui kawasan perkuburannya. Hadis ini menjelaskan pergerakan ruh adalah amat cepat bersesuaian dengan kejadiannya dari cahaya terpilih yang sememangnya boleh bergerak laju apatah lagi setelah bebas daripada jasad. Hadis ini juga menjelaskan betapa ruh itu amat-amat menghargai salam saudaranya. Ia menganggapkan salam itu adalah satu hadiah istimewa dari orang hidup untuknya kerana pada kalimah salam itu seolah-olah saudaranya yang hidup itu menghadiahkan satu nama Allah kepadanya. Jarak antara langit dan bumi yang tersangat jauh pada perkiraan jasad adalah dekat bagi ruh yang turun naik berkali-kali dengan cepat kerana hukum ruh tidak lagi terikat dengan hukum jasad. Allah menceritakan jarak itu menjadi dekat sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam Al Quran:

alam mithal

Alam al mithal pula ialah alam pertengahan antara alam ruh dan alam jasad. Ia lebih kasar dan berat dari alam ruh tetapi lebih ringan dari alam jasad. Di alam inilah berlakunya penjelmaan jin, malaikat, syaitan dan diri manusia yang tidak ia kenali iaitu diri yang berada dalam kegelapan.

PENJELMAAN  MALAIKAT

Contohnya Jibril menjelma sebagai lelaki untuk memberitahu Maryam bahawa ia akan memperolehi bayi lelak

Lain-lain kisah penjelmaan malaikat di alam maya boleh kita lihat dalam kisah-kisah :
1)      Penjelmaan Malaikat Jibril dalam bentuk seorang lelaki berpakaian serba putih datang bertanyakan Rasulullah SAW dalam satu majlis ilmu bertujuan mengajarkan para sahabat tentang islam, iman, ihsan dan kiamat.

2)      Penjelmaan malaikat dalam bentuk seorang lelaki dalam kisah budak menjualkan baqarah dalam Surah Al Baqarah.

3)      Penjelmaan Jibril dengan rupa Dehyah ibn al Kalbi




KEDUA : PENJELMAAN JIN

Jin menjelma rupa manusia dalam melaksanakan perintah nabi Sulaiman AS

KETIGA SYAITAN MENJELMA DALAM RUPA MANUSIA

Termasuk syaitan ialah syaitan yang hakiki dan jin yang jahat. Allah SWT menceritakan dalam Perang Badar terdapat syaitan yang merangsangkan golongan musyrikin supaya memerangi Nabi SAW. Beliau telah merupakan dirinya dengan rupa seorang pemimpin badwi terkenal bernama Suraqah.



1)      Dalam kisah pemecahan patung al latta. Rupa seperti seorang lelaki yang sangat marah menjelma dari dalam patung tersebut sewaktu patung tersebut di pecah selepas Pembukaan Mekah. Ini menunjukkan syaitan walaupun tersembunyi ia tetap ada hakikat jasad iaitu jasad yang halus tidak nampak di lihat dengan mata kasar. Ia menjelma pada waktu tertentu seperti waktu ia tewas.

2)      Dalam masyarakat kita, seringkali kita mendengar jelmaan-jelmaan jin seperti jelmaan hantu raya mengikut rupa tuannya. Demikianlah juga jembalang menggunakan atau memasuki alam mithal dan membentuk imej yang boleh berubah kepada beberapa peringkat saiz. Demikianlah juga beberapa peringkat bentuk jelmaan gangguan hantu syaitan yang lain. Namun begitu asalnya adalah satu hakikat yang tidak boleh di lihat dengan mata kasar.




KEEMPAT PENJELMAAN DIRI MANUSIA YANG TERSEMBUNYI MEMPAMERKAN HAKIKAT  KEWUJUDAN ATAU KEADAAN DIRINYA

Pada diri setiap manusia terdapat beberapa entiti diri yang ghaib. Diri-diri ini tidak mungkin dapat di lihat oleh tuan empunya diri melainkan bilamana berlaku penjelmaan entiti diri tersebut dalam mimpi sewaktu tidurnya ataupun melalui usaha-usaha penyingkapan terhadap diri yang tersembunyi itu seperti melalui cara berzikir peneropongan ke dalam diri yang tersembunyi itu. Maka, dengan berzikir, penjelmaan diri-diri tersembunyi manusia tersebut kepada tuannya seringkali pada peringkat awalnya muncul dengan rupa yang simbolik seperti rupa binatang, atau kenalan-kenalannya. Sekiranya di teruskan zikir berpanjangan, penjelmaan rupa diri yang tersembunyi juga akan terjelma lebih jelas dan nyata sewaktu berzikir. Gambaran yang tertera pada rawang sewaktu berzikir juga menerangkan tahap diri kita sendiri atau hubungan manusia dengan alam sekeliling samada hubungan berbentuk lahir atau batin.

Untuk memahami bahagian yang pertama ini, marilah kita melihat beberapa contoh mimpi:
1)       Semasa tidur, manusia sentiasa bermimpi hal-hal    yang berkaitan dengan dirinya. Kadang-kadang ia bermimpi yang buruk-buruk seperti jatuh dari bukit, jatuh dari bangunan, di landa banjir atau ombak besar. Ia sendiri tidak tahu mengapa gambaran mimpi sebegitu datang dalam tidurnya. Manusia juga tidak mengetahui apakah maksudnya mimpi tersebut. Namun begitu hakikat mimpi tersebut adalah bertujuan menerangkan tentang cabaran yang sedang menunggunya di hari depannya. Cabaran itu di beritahu oleh ruh idhofinya kepada tuannya melalui alam mithal. Hakikatnya gambaran yang ia lihat dalam mimpi adalah simbolik-simbolik yang mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri yang perlu di gali.   
  
2)      Bilamana seseorang itu berzikir dan tumpuannya pada titik tengah tulang rawang yang terletak di tengah-tengah perantaraan dua keningnya, maka ia akan merasakan ia nampak cahaya yang menerangkan sesuatu yang kalau ia berterusan melakukannya, gambaran-gambaran tersebut akan dapat menunjukkan jalan-jalan untuk mengungkaikan masaalah yang di hadapinya. Ini menerangkan dalam berzikir juga seseorang boleh melihat diri dan hal yang bersangkutan dengannya melalui alam mithal juga.

3)      Contoh seseorang yang terjaga waktu subuh dan berhasrat untuk bangkit dari tidur untuk mengerjakan sembahyang subuh tetapi malangnya terlena semula lantas bermimpi ia menunaikan sembahyang subuh padahal masih terlentang di atas katil. Bilamana ia tersedar kembali daripada lenanya, ia berasa amat kesal kerana belum bersembahyang lagi. Pada fikirannya ia berkata alangkah bahagianya ia sekira ia telah benar-benar menunaikan sembahyang subuh tersebut.  Kejadian ini bertujuan menjelaskan melalui alam mithal bahawa betapa kadang-kadang ruh yang baik di belenggu oleh nafsu sehingga badan menjadi berat  tidak dapat menunaikan ibadat.

4)      Demikianlah juga penjelmaan qarin ( orang sudah mati yang di temui oleh orang hidup) di tempat-tempat dan masa-masa tertentu.

5)      Dewasa ini, di zaman yang lebih canggih, terdapat juga imej manusia yang muncul pada screen TV, cermin, rakaman bergambar yang di golongkan sebagai alam mithal. Umpamanya, TV menyiarkan Obama Barrack sedang berucap di hadapan wartawan di White House. Gambar yang di lihat pada skrin TV itu bukan sebenarnya Obama. Itu adalah imejnya sahaja. Masakan Obama boleh masuk dalam TV yang sebesar 24 inci. Ia pula boleh berada di tiap-tiap rumah yang penghuninya membuka TV. Itu hanyalah pancaran yang menjelmakan imejnya, bukan hakikat dirinya.

6)      Gambar photo yang di ambil oleh kamera juga di   namakan mithal iaitu gambaran sebanding tuan asalnya meskipun gambar tersebut adalah kaku.







  

mertabat ruh dalam diri manusia


MERTABAT RUH DALAM DIRI MANUSIA

Al Allamah Al Murtadha di dalam syarah Ehya Ulumiddin telah membahagikan Ruh manusia kepada beberapa mertabat iaitu :
Ruh Hassas
Ruh Khayali
Ruh ‘Aqli
Ruh Fikri
Ruh Qudsi
Setelah ruh masuk ke dalam jasad manusia, ia di temani oleh jiwa dan akal.jiwa itu bersifat seperti isterinya manakala akal pula bersifat seperti anaknya. Bilamana akal seseorang berkembang, manusia teruji dengan kedatangan syaitan yang menunggang nafsu untuk mempedayakan manusia. Bilamana syaitan dapat menguasai jiwa dan akal, maka ruh jadi lemah kerana terperangkap dalam tipu helah syaitan. Maka pada peringkat ini di namakan ruh khayali. Bilamana seseorang itu membersihkannya dari segala kekotoran dan kekejiannya , maka ia naik dari satu peringkat kepada peringkat yang seterusnya. Mertabat Ruh Qudsi adalah mertabat paling tinggi sekali kerana pada mertabat ini, seseorang akan berada sebagaimana hakikat keadaan asal ruhnya.

Di alam kehidupan ini, bilamana seseorang yang berjaya mencapai tahap inilah maka berhimpunnya mereka yang dekat dengan Allah seperti golongan wali, nabi-nabi dan Rasul-Rasul. Inilah mertabat yang perlu di capai oleh setiap manusia biasa seperti kita.


SARANG RUH

Di manakah ruh itu bersarang di dalam badan manusia adalah suatu rahsia misteri yang amat menakjubkan kerana sehingga kini, perbincangan tentangnya di kalangan ahli ilmu tidak pernah mencapai satu kata putus. Ini kerana setiap bahagian badan manusia ada menunjukkan ruh terkandung di dalamnya. Tetapi kewujudannya tidak dapat memberitahu kepada kita di mana ia berada. Ada yang berkata ruh manusia adalah terletak pada jantungnya, ada pula yang berkata pada hati dan ada pula yang berkata ia berada di kesemua bahagian badan. Pendapat yang paling kuat dan tepat di kalangan ahli muktamad ialah hati kerana itulah hati di panggil sebagai istana ruh.

Ruh menjalankan fungsinya memberi kehidupan kepada manusia secara senyap seolah olah ia satu makhluk yang bisu dan bersembunyi. Ia hanya kadang-kadang dapat di lihat oleh mereka yang soleh di alam mithal melalui cara berzikir seperti mengamalkan zikir Ya musowwiru.              
Manusia tidak boleh mengeluar atau menghalaunya selagi belum sampai ajal. Bilamana ia keluar, tiada seorang pula yang boleh memanggilnya balik untuk masuk semula ke dalam badan.


HAKIKAT RUH DAN KEMATIAN

Di dalam menghuraikan tentang ruh, al Allama Murtadha az Zubaidi di dalam syarah Ehya Ulumiddin Imam Ghazali telah membawa beberapa contoh untuk memahami hakikat ruh seperti;

Api pelita bernyala setelah di cucuhkan mancis padanya. Sebab ia bernyala ialah kerana terdapat minyak dalam pelita tersebut. Bila ia di padamkan, kemanakah di simpan api tersebut, padahal minyak masih terdapat dalam pelita tersebut? Api bernyala itu adalah seolah-olah ia berada di satu alam yang di namakan kehidupan, di mana kewujudan ruh dapat di ketahui dengan adanya api itu bernyala, manakala api itu padam pula adalah seolah-olahnya ia berada di satu alam lain yang di namakan alam kematian. Ruh itu tetap ada, tidak mati tetapi di sembunyikan dari pengetahuan kita. Kita tidak mengetahuinya kerana mata kita tidak dapat melihatnya.

Yang pertama di masukkan dalam bab discovery (yang boleh di singkap dengan kajian, pembelajaran, dan pemerhatian manakala yang kedua di senaraikan dalam kumpulan covered (yang tidak mudah untuk di singkap. Yang jenis kedua inilah tujuan diturunkan Kitab dari langit supaya manusia memahaminya.

Beliau juga membawakan contoh kedua iaitu: Ketika terciptanya pokok, satu hakikat ialah getah telah tersedia wujud pada pokok tersebut tetapi belum muncul lagi, setelah ia mencapai tahapnya, ia muncul pada pokok tersebut. Soalnya di waktu mudanya, di mana getah itu berada? Berapa banyakkah pula jumlahnya kalaulah di kumpulkan kesemuanya?

Marilah kita lihat perbandingan ketiga pula iaitu apakah yang akan berlaku bilamana sesuatu enjin yang sedan berfungsi di matikan suisnya, maka jawabnya tentulah enjin tadi menjadi mati. Soalnya di manakah di simpankan pergerakan dan tenaga enjin tadi?
Contohnya mesin basuh, apabila di petik suisnya, maka ia bergerak, bilamana di padamkan suis tersebut, ia tidak bergerak. Soalnya, semasa dipadamkan itu, di manakah disimpankan pergerakan yang ada pada waktu di petik tadi? Di manakah kekuatan memusing dan memulas tadi? Di manakah pula kekuatan mengeringkan pakaian? Di manakah pula perginya suara bising enjin tadi? Jawabnya ialah ketika dia di petik tadi, ia berada di satu alam yang lain, manakala ketika di padam pula ia berada di satu alam lain. Ketika di petik tadi, ia berpusing-pusing memutarkan baju, ia bising kerana bekerja untuk mengeringkan pakaian tersebut. Natijahnya pakaian tersebut jadi bersih. Manakala ketika di padam pula, tiada berpusing-pusing, tiada berputar-putar dan tiada bunyi bising. Natijahnya baju itu tidak bersih, ia kotor sebagaimana asalnya.

Dua keadaan yang berbeza ini dapatlah memberikan gambaran antara kehidupan dang terdapat ruh di dalamnya dan kematian yang ruh telah keluar dari berada di dalamnya.

alam arwah dan ruh manusia

Alam arwah adalah satu alam ghaib yang sangat luas dan seni, tidak dapat di capai melalui akal dan pancaindera. Terangkum di dalam alam ruh ini ialah alam lahut dan alam jabarut. Di alam inilah, unsur manusia yang pertama di jadikan dan di simpankan sebelum bercantum dengan jasad. Bersama dengan kejadian ruh-ruh manusia inilah terdapatnya kediaman sebahagian malaikat.


RUH MANUSIA


Ruh manusia di jadikan dari cahaya dan masih berbentuk cahaya ketika di alam ruh. Al Quran dengan jelas sekali mendedahkan kepada kita bagaimana ruh ini telah memperakui Allah sebagai satu-satu tuhannya yang berhak di sembah. Firman Allah:



PENGERTIAN RUH

Ruh di ertikan sebagai satu jawhar bercahaya yang sangat lembut bersifat ketuhanan berasal dari alam yang tinggi. Dalam kitab-kitab tasauf, ulama’ telah menta’rifkannya sebagai:
جوهرنورانى ربانى  لطيف  سماوى
Objek bercahaya bersifat (di bangsakan kepada) ketuhanan yang lembut dari alam yang tinggi.

Dari definasi di atas, dapatlah kita faham bahawa ciri-ciri ruh itu adalah:

1)      Satu jawhar - makhluk kejadian Allah yang sangat unik. Keunikannya menjadi misteri yang belum dapat di singkap sepenuhnya oleh pengkaji-pengkaji Ruh. Termasuk dalam kumpulan jawhar yang bukan berjasad ialah malaikat, jin, syaitan, angin, suara sebagainya lagi.

2)      Nurani - di kaitkan kepada cahaya – pada hakikat asal kejadiannya, ada sudut persamaan antara kejadian ruh dan malaikat. Kedua-duanya di jadikan dari cahaya. Lawannya ialah nariyyun iaitu makhluk yang asal kejadiannya daripada api  seperti jin dan syaitan. (lihat firman Allah dalam Surah Ar Rahman  ayat 15) . Oleh kerana ruh itu di bangsakan kepada cahaya, maka ia mampu bergerak laju  dalam jarak yang jauh dengan cepat.

3)      Yang sangat lembut sehingga dapat menerobos masuk melalui dinding. Ruh sebagaimana malaikat juga tidak dapat di lihat oleh mata kasar dan tidak dapat di kesan oleh panca indera kasar. Lawannya ialah kathif (tebal) seperti cahaya matahari, bulan dan bintang-bintang, asap, batu, air dan angin dan bunyi yang boleh di halang oleh benda kasar seperti dinding.

4)      Bersifat ketuhanan - di sandarkan kepada tuhan kerana kemuliannya yang khusus telah di berikan Allah kepadanya. Maka setiap makhluk yang hidup memerlukan kepada ruh. Ruh ini sentiasa menasihati akal dan jiwa supaya sentiasa berada di bawah keredhaan Allah. Ia juga sentiasa berada dlama keadaan berzikir Allah Allah Allah berterusan tanpa putus

5)      Berasal dari alam tinggi (langit). Yang di maksudkan dengan alam tinggi ini ialah suatu tempat yang lebih mulia dari tempat kita di sini di mana di situ berkumpulnya makhluk mulia seperti para malaikat dan tidak mampu di capai oleh syaitan. Hakikatnya kita tidak mengetahui kerana kerajaan Allah itu amatlah luas dan pengetahuan kita amat sedikit. Yang pastinya ia bukanlah di dunia ini.
Maka Ruh bukan seperti produk keluaran Amerika atau Hong Kong. Oleh kerana itulah seseorang yang mengkaji kejadiannya akan mendapati bahawa kejadiannya adalah sebenarnya sesuatu yang amat unik. Tempat ini di kongsi bersama oleh para malaikat manakala syaitan tidak dapat tiba ke tempat tersebut kerana setiap kali ia ingin memasuki kawasan tersebut, ia di panah oleh panahan berapi. Firman Allah
  

EPISTOMOLOGY RUH

Perkataan ruh sebagaimana yang kita semua mengetahui adalah berasal dari perkataan Arab. Untuk kita memahami lebih mendalam, perkataan rah, reh dan ruh adalah perkataan-perkataan yang menarik untuk di fahami Di sana ada kaitan yang rapat diantara ruh dan reh. Ruh bererti ruh manakala reh bererti angin. Kedua-duanya mempunyai sudut persamaan iaitu kedua-duanya adalah kejadian yang tidak dapat di lihat oleh mata tetapi dapat di ketahui kehadirannya. Ada angin dapat di ukur dengan adanya pergerakan seperti daun yang bergoyang manakala wujud ruh dapat di ketahui melalui adanya kehidupan. Maka tiada ruh ertinya mati, demikianlah tiada angin tiada pergerakan.

 Kaitan ruh dengan rehat ialah bahawa bilamana nafsu kecintaan kepada dunia di lepaskan (nafs) dari dalam diri, maka manusia tersebut akan dapat ketenangan, tetapi sebaliknya bilamana nafsu kecintaan dunia tersebut di simpan dalam diri, ia akan menderitakan manusia itu.


HAKIKAT RUH

Menurut Abil Baqa Ayyub Bin Musa El Husaini El Kafawi (1094H/1683M): [1] Ruh adalah jisim yang sangat lembut dan halus. Ia bukanlah madah (objek) yang berjisim kerana ruh itu tidak mengambil tempat. Berbeza dengan madah yang sifatnya mengambil tempat. Ruh berlari dan mengalir di dalam badan manusia secara lembut tanpa di sedari oleh manusia tersebut. Itulah sebabnya bilamana manusia mencari dimanakah ruhnya dalam jasadnya, ia tidak akan dapat melihatnya.

Lantaran itulah ruh seringkali di sifatkan secara majazi dalam pelbagai penulisan Islam laksana bekas yang boleh di isi dengan kebaikan dan keburukan secara banyak atau sedikit sebagaimana mata menerima redup, mendung dan cerah cahaya matahari. Namun begitu hakikatnya yang menerima perubahan baik dan buruk itu ialah nafs iaitu pasangan ruh. Ini kerana mereka berdua hidup berpasangan dalam satu rumah tangga yang dinamakan  hati dan mentadbir jasad. Hakikat berpasangan ini adalah suatu sunnatullah pada sekelian makhluk ini sebagai mana yang di terangkan oleh Allah SWT:

`ÏBurÈe@à2>äóÓx«$oYø)n=yzÈû÷üy`÷ry—÷ä3ª=yès9tbr㍩.x‹s?ÇÍÒÈ

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.
(Surah Adz-Dzaariyaat : ayat 49)

Maka, sebagaimana juga ulama lain, Al Kafawi menyokong pendapat kebanyakan ulama’ tasauf yang mengibaratkan bahawa ruh adalah laksana suami manakala nafs adalah laksana isteri. Kedua-duanya berkumpul secara mesra di dalam badan selama mana manusia itu hidup. Walaupun mereka adalah sepasang laksana sepasang suami isteri, tetapi ruh berasal dari langit iaitu alam tinggi manakala nafs pula berasal dari alam yang rendah iaitu bumi (dunia). Kedua-duanya mempunyai perbezaan tersendiri di mana nafs banyak bergantungan kepada ruh. Bilamana ruh telah keluar dari badan, maka  berlakulah mati. Sebelum ruh keluar dari jasad, naf terlebih dahulu keluar setelah menyaksikan nafsu gagal dalam pertarungan naza` menentang  ruh.
Demikianlah bandingan gandingan antara ruh dan nafs dalam satu badan manusia sebagaimana gandingan suami isteri dalam menjalankan tugas rumah tangga. Setiap seorang dari suami atau isteri itu pula mempunyai bayang-bayang yang tidak akan dapat di pisahkan antara satu sama lain. Maka demikianlah ruh dan nafs juga mempunyai bayang-bayangnya yang tersendiri.





[1] Al Kuliyyat m/s 469 

dua alam jasad

Ringkasnya alam jasad dapatlah kita bahagikan pula kepada dua iaitu:

1) Jasad kasar
2) Jasad halus


JASAD KASAR

Tidak sebagaimana jin, manusia memiliki jasad kasar yang boleh di lihat jelas. Seseorang boleh di timpa penyakit jasad bilamana sistem badannya tidak berperanan dengan betul di sebabkan oleh fakta pemakanan, tempat tinggal dan sebagainya lagi. Walaupun memang banyak penyakit jasad yang tidak dapat di rawat tetapi perbincangan dan kajian tentangnya adalah paling mudah berbanding dengan alam  ruh dan alam mithal.



JASAD HALUS

Makhluk berjasad halus seperti jin termasuk hantu jembalang dan orang bunian tidak mungkin dapat di lihat melainkan melalui  penjelmaan iaitu melalui alam mithal. Di alam mithal inilah pembukaan di buat untuk membolehkan berlakunya hubungan antara makhluk berjasad kasar dan makhluk berjasad halus.



HUBUNGAN DUA JASAD

Terdapat pula pertembungan antara dua jasad ini dalam beberapa keadaan seperti:
1)               Seringkali berlaku seorang ibu yang mengandungkan anak memberitahu bahawa kandungannya telah hilang. Ia menceritakan setelah genap kandungannya sembilan bulan, ia bermimpi beranak dan ada seseorang mengambil anaknya itu. Di katakan orang bunian telah mengambil bayi tersebut dan di tempatkan ke suatu alam bunian yang lain dari alam kasar ini. Di masa-masa tertentu si ibu boleh berhubungan dengan anaknya itu tetapi hubungan dua beranak ini tidak dapat di saksikan oleh orang lain.

2)               Demikianlah juga kita mendengar kisah manusia yang berkahwin dengan jin. Isterinya yang jin ini memasak makanan dan membasuh pakaiannya.

3)               Kisah pemburu yang bermalam di        perkampungan jin (orang bunian). Apabila mereka kembali kekampungnya, penduduk setempat memberitahunya bahawa ia telah hilang dalam tempoh yang lebih lama dari perkiraannya semasa berada di alam bunian itu. Umpamanya ia merasakan ia telah menghabiskan masa satu atau dua hari di alam bunian tetapi bilamana ia kembali ke masyarakatnya semula, ia diberitahu oleh orang kampungnya ia telah hilang selama setahun atau dua tahun. Ini menerangkan kepada kita bahawa dimensi makhluk berjasad kasar adalah berbeza dengan dimensi makhluk berjasad halus. Demikianlah juga alam dan jarak masanya. Hal ini berlaku juga kepada seorang sahabat Rasulullah  SAW yang di sebut Khurafa.

4)               Jin-jin yang mengganggu manusia meresap masuk ke dalam badan manusia sehingga badan manusia ini menggelupur dan menanggung  kesakitan.

5)               Ada juga berlaku kejadian anak-anak bercakap seorang diri seolah-olah ada pihak kedua bersama dengannya. Bila ibu bapanya bertanya kepadanya ia bercakap dengan siapa? Ia menjawab bahawa ia bercakap dengan kawannyalah padahal ibunya melihat ia bercakap seorang diri. Soalnya adakah kanak-kanak tersebut bercakap dengan jin. Apakah yang harus dilakukan oleh anda sekiranya anda adalah ibu bapa kanak-kanak tersebut bilamana kanak-kanak tersebut demam dan menyatakan ia rindu kepada kawannya (orang ghaib) itu.

6)               Dalam satu-satu perjalanan yang dikenderai oleh dua orang atau lebih, tiba-tiba seorang melihat sekilas pandang ada orang melintasinya. Seorang melihat ada seorang melintasi mereka manakala yang seorang lagi melihat yang melintasi mereka adalah dua orang. Kenapa mereka berdua mempunyai pandangan yang berbeza?














bahagian aqli -asrar ahwal

109


Ayat ini bertujuan untuk menerangkan tentang betapa luasnya ilmu ALLAH .Ilmu dan pengetahuanNya yang tidak terhingga itu di bahagikan  oleh alim ulam kepada 3 bahagian iaitu :
1) ILMU ASRAR- pembukaan berbentuk wahyu@ ilham dari malaikat
2)ILMU AHWAL- ilmu yamg diperolehi secara rasa seperti khusyuk.zuhud
3) ILMU AQLI- Yang diusahakan oleh manusia melalui pembelajaran ,perbincangan,perkongsian minda dan sebagainya lagi.Ilmu-ilmu ini dinamakan ilmu aqli kerana ilmu jenis ini di simpan dalam satu bekas/acuan yang dinamakan aqal.
Asal segala cabang ilmu adalah usul asrar.lalu berkembang kepada ilmu rasa dan seterusnya terbina ulum aqli.
Ini adalah kerana asal segala masyarakat manusia datang dari seorang diri manusia asal entiti diri dalam diri manusia adalah ruh.bilamana ruh turun ke bumi ia bertemu dengan jiwa (nafs),hasil bersamanya  ruh dan jiwa, mana terhasillah pula yang ketiga iaitu aqal.
Ruh itu kerjanya ialah membuat keputusan terhadap kehendak-kehendak  yang ada di dalam diri. Maka makanannya adalah ilmu asrar.
Jiwa(nafs) yang sikapnya suka meminta-minta makanannya ialah ilmu ahwal/ilmu rasa.
Manakala akal yang fungsinya ialah memikirkan cara-cara untuk mendapatkan apa yang di ingini jiwa itu, makanannya adalah ilmu aqal.
Bilamana kita sebutkan tadi bahawa dari ilmu asrar tercipta ilmu rasa /ahwal, dari ilmu ahwal tercipta ilmu aqli.manusia hari ini mengetahui dengan cara belajar ilmu aqli,maka ramailah yang mengaku cerdil pandai itu tidak memiliki ilmu asrar.Sedangkan sepatutnya ia perlu menggunakan ilmu aqli untuk melonjak ke ilmu ahwal/rasa seterusnya sampai ke ilmu asrar.

Ertinya ilmu aqli( yang kita pelajari dengan manusia di sekeliling kita) adalah permulaaan semata-mata dan yang hendak di tuju itu ialah ilmu asrar.ilmu asrar itu, tersangatlah luas tidak boleh di bandingkan dengan oilmu aqli yang sememangnya sudahpun luas ini.