Wednesday, June 18, 2014

 of the Faithful Imam ‘Ali (a.s.) was asked:14
سئل امير المؤمنين عليه السلام: هل رايت ربك حين عبدته؟ فقال: ويلك ما كنت اعبد ربا لم اره. قبل: وكيف رايته؟ قال: ويلك لا تدركه العيون فى مشاهدة الابصار ولكن راته القلوب بحقائق الايمان.

Tuesday, June 17, 2014

ruh

MANUSIA DCIPTA UTK MGENAL ALLAH Dengan kata lain,manusia dcipta utk mgenal Allah.Sekiranya kita x mgenal Allah,maka bagaimana hendak myembahNya,mmujiNya dan mmohon prtlgan drpdNya.Hikmah atau ilmu yg perlu memang ada bagi ssorg utk mgenal DIA iaitu dgn menyingkap tirai hitam yg mnutup cermin hati ssorg itu,mmbersihkan cermin itu dan mgilapnya hgga bersih nampak keindahan Ketuhanan yg trbayang pd cermin hati itu.( Maha Suci Alla pada sebarang ibarat dan perumpamaan tp utk memudahkan kefahamam...Ya Allah ampunilah kami atas kdhoifan kami..Amiin . ) Allah itu ibarat harta yg trsembunyi dan ia ingin agar d kenali. Maka d jadikanNya makhluk untuk mgenal Dia. Olh yg dmkn manusia hndklah mcari ilmu mgenal Allah. Sbgmana fimanNya dlm Hadis Qudsi : Aku laksana harta yg trsembunyi,Aku ingin d kenali,maka sebab itulah Aku ciptakan semua makhluk. Kitalah makhluk yg d maksudkan utk mgenal Allah yg Maha Agung,dan wajiblah kita brusaha mgenalNya. Jelaslah kini,bahawa tujuan Allah Ta'ala mncpta insan supaya mencari ilmu utk mgenaliNya. Ada dua peringkat dlm ilmu mgenal..1.mgenal sifat Allah dan penzahir kekuasaanNya 2.Mgenal Zat Allah. Dlm mgenal sifat2 Allah itu,insan yg masih brbadan ini mgalami dan mrasai hal2 keduniaan dan kakhiratan iaitu dpt mgenal sifat2 Allah melalui pgalaman dan pandangan trhdp hal2 kduniaan dan kakhiratan. Ttp ilmu yg mmbawa pgenalan trhdp Zat Allah trletak dlm Ruhul-Qudus..(Roh Suci ) yg dberikan pd insan utk mgenali rahsia2 akhirat..sbgmana firman: dan kami mmperkuatnya dgn Ruhul-Qudus..Al-Baqarah..87. Mereka yg kenal Zat Allah mmprolehi ilmu melalui Roh suci yg terpendam dalam diri mereka itu. Kedua2 ilmu itu mgenal Zat dan sifat Allah dprolehi dgn ilmu hikmah@ma'rifat. Wajah @ apeknya 2 juga..ilmu yg dalaman (batin) dan luaran (zahir). Kedua2 ilmu ini perlu bg seseorg inginkan kebaikan dan kebajikan. Pendek kata ilmu itu ada 2 bhgian,yg pertama pd lidah manusia dan yg kedua dlm hati manusia. Inilah yg perlu untuk dcapai dari harapan dan matlamat kita, iaitu mgenal Allah s.w.t.







ILMU ZAHIR PENTING Memang manusia amat perlu pada ilmu agama trlebih dahulu utk mgenal Allah menerusi ilmu yg zahir. Ilmu ini d ajarkan utk mgenal Zat Allah yg Wajibul~wujud yg dapat dkenal menerusi sifat2Nya dan nama2Nya yakni AsmaNya yg mulia. Pertama-tama manusia prlukan ilmu agama.Dlm pelajaran ilmu ssorg itu d ajar ttg penzahiran Zat Allah yg trbayang dalam alam sifat dan nama(Asma') Allah d muka dunia ini.Pada pringkat prtama ini prlulah ssorg itu meninggalkan apa yg d tegah dan mmbuat apa yg d suruh syari'at islam. Ia perlu brakhlak mulia dan menghindarkan segala dosa dan maksiat. Utk mcapai hakikat ini, ssorg mestilah melatih diri mlwn kehendak nafsu dan egonya. Ini satu perjuangan yg panjang dan sukar sekali. Prjuangan semata2 kerana Allah dan mengharap keridhoan Allah..sbgmana firman : maka barang siapa mgharapkan prjumpaan dgn Tuhannya hendaklah ia mengerjakan amal yg soleh dan janganlah ia mmpersekutukan sesuatu pun dlm ibadat kpd Tuhannya..Al-Kahfi:110 . Tahap @ alam ma'rifat ini ialah tahap@alam tertinggi dan yg mula2 d ciptakan.Itulah alam atau tahap asal dan kesanalah kita kembali. D situlah asalnya Ruhul-Qudus.Roh suci ini ialah roh insan sebenarnya.Roh ini d jadikan dgn rupa yg paling indah. Ia trhunjam dlm hati sanubari insan sebagai amanah Allah yg dpikulkan kpd insan utk memeliharanya. Ianya dpt dcapai melalui taubat nasuha dan kikhlasan diri utk menuntut ilmu agama. Keindahan nurnya akan trzahir apabila ssorg itu mgingati Allah terus menerus dgn zikir LA ILAAHA ILLALLAH. Pada prmulaannya bacaan zikir ini d buat dgn lidah sebagai penyuluh yg menyedarkan hati.Kmdn apabila hati tlh hidup dgn zikir ini..maka zikir itupun dbaca dlm hati saja. Itulah kemuncak zikir yg hakiki yg dgnnya hati akan jd tenteram...Ingatlah,bahawa dgn mgingati Allah,hati menjadi tenteram...Ar-Ra'd:28. Satu peringatan trutama buat diri ini yg bal'lara lagi jahil bahawa prjalanan masih panjang penuh dgn tipudaya...Ya Allah jgn biarkan kami dgn diri kami bimbinglah kami kehadratMu ssunguhnya x daya dan x upaya bg kami hanya

Friday, June 6, 2014

istihalah?



Kita tidak mengetahui bilakah, dimanakah dan dalam situasi bagaimanakah fatwa Syeikh Dr Yusuf Qardhawitentang harus menggunakan prudok yang mengandungi DNA babi kerana termasuk dalam bab istihalah  itu di keluarkan. Hakikatnya ketiga-tiga perkara tersebut perlu di ketahui supaya kita memperolehi maklumat yang tepat. Suatu ketika dahulu, akhbar pernah menyiarkan bahawa Syeikhul azhar, Tantawi menyatakan harus perempuan bekerja dalam keadaan mendedahkan aurat bilamana majikannya melarangnya menutup aurat. Setelah di teliti  rupa-rupanya kenyataan tersebut  bukanlah fatwa tetapi hanya sekadar menjawab persoalan yang di ajukan oleh seorang perempuan peranakan Mesir  dalam lawatan Syeokhul Azhar itu  ke Perancis. Akhabar tidak menceritakan hal yang sebenarnya dan kenyataan yang di laporkan itu amat mengelirukan umat Islam. Sebahagian umat Islam telah mengutuk syeikhul azhar tersebut semata-mata kerana keliru dengan kenyataan akhbar murahan itu semata-mata.

Di sini, perlulah kita melihat sekali lagi adakah fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qardhawi itu telah di keluarkan di Negara Qatar atau Mesir atau di Negara yang kufur yang umat Islam hanyalah menjadi golongan  minoroti. Seperkara lagi perlu di gtimbulkan ialah adakah pengharusan menggambil barang yang terkandung babi itu dalam persoalan makanan ringan yang asasnya sudahpun bersifat keji  seperti Cadbury atau dalam persoalan pakaian yang sangat di perlukan pada musim sejuk. Hakikatnya hukumnya perlulah di bezakan antara satu sama lain berdasarkan tingkat-tingkat keperluan.ini keranha terdapat dua kaedah yang berlawanan yang perlu di bezakan tetapi mestilah di satukan di sini iaiatu (   إذا ضاق الأمر اتسع )   dan ( إذا اتسع الأمر أضاق  )

Jika sekiranya fatwa ini di keluarkannya di Negara Islam seperti di malaysia,  inilah pertikaian yang perlu di nilai kembali. 
Untuk memahami hal ini, terlebih dahulu perlulah secara asasnya kita melihat sepintas lalu bahawa perbincangan ilmu Islam tentang satu-satu perkara di bahagikan kepada tiga bahagain yang berbeza iaitu:
Secara ahli hadis
Secara ahli feqh
Secara ahli tasauf

Sekiranya kita mengkaji sejarah pertembungan ketiga-tiga pemikiran ini, kita akan dapati terdapat banyak konflik yang menyebabkan sengketa yang panjang sesame umat Islam. Walaupun sengketa itu adalah suatu yang keji dan tidak dapat di elakkan di zaman silam kerana alat perhubungan komunikasi ilmu adalah terbatas, maka di zaman yang lebih canggih ini, hal demikian tidak boleh di biarkan berulang lagi.
Di zaman itu ramai orang beranggapana bahawa yang paling utama diantara  ketiga-tga golongan ini ialah golongan ahli hadis. Mereka telah  cuba mengumpulkan hadis yang berselerakan di merata tempat dan tanpa jasa mereka, islam akan kehilangan satu khazanah yang sangat berharga. Pandangan ini akan menjahilkan sumbangan ulama feqh yang bertunkus lumus dalam memahami hadis-hadis yang telah di kumpulkan oleh ulama hadis  sehingga terciptanya hokum feqh yang boleh menyelesaikan banyak masaalah yang di hadapi oleh umat islam waktu itu. Ertinya usaha ulama hadis tidak boleh di biarkan tinggal begitu sahaja . hakikatnya ulama feqh telah menyambung usaha-usaha ulama hadis.
Usaha-usaha yang di buat oleh ulama feqh juga tidak boleh dijadikan kesudahan yang menutupi segara ajaran yang terkandung dalam ajaran Islam kerana amalan ibadat lahiriyyah, sekiranya tidak di monitorkan oleh kawalan dari hati, amalan tersebut tetap tidak di terima oleh Allah apabila di lakukan dengan hati yang kotot. Maka ilmu tasauf menjadi penapis kepada ilmu feqh. Hasilnya itulah yang ingin di pakai oleh umat Islam.  Hakikatnya golongan pertama telah membuat asas yang sangat berguna untuk di teruskan oleh umat islam kemudian mereka, manakala golongan kedua adalah golongan yang menyambung golongan pertama itu  demikianlah pula golongan ke tiga adalah penyambung usaha golongan kedua.. golongan ketiga telah melihat dan mengkaji dengan cara yang lebih mendalam dan teliti. Itulah sebabnya banayak masyarakat islam yang terkesan dengan pemikiran mereka yang ketiga-kerana mereka telah kuat.
Ertinya ketiga-tiga cabang ilmu ini adalah penting dan tidak wajar sesuatu perkara di lihat dari sudut feqh semata-mata.  Sejarah telah banayk membuktikan bahawa di antara kelemahan umat Islam adalah berpunca dari sudut pandangan feqh yang semata –mata sempit.  Di anatra yang paling nyata dan sewajibnya kita pelajari ialah polimek feqh menjelang  kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad 17-20. Dalam konteks kita pula, apakah kita mahu  masyarakat melayu islam yang banyak memperdalami pengajian tasauf sehingga membincangkan tentang cara kehidupan ahli khusus dan khawasul khawas  di masjid dan surau ini di longgarkan dengan istihalah babi??

 Apabila kita melihat kepada Syeikh Dr Yusuf Al qardawi pula, kita akan dapati penulisannya lebih tertonjol kepada feqh termasuklah memperkatakan isu-isu semasa . bagi kebanayakan pendokong gerakan Islam yang seperti kita iaitu yang aktif  dalam menerima demokras sebagai gelanggang jihad menegakkan amar ma`aruf dan nahi munkar  melihat Dr Yusuf Al Qardhawi sebagai satu tokoh  yang di segani.  Itulah juga sebabnya ramai orang-orang  yang berkepentingan seperti Anwar Ibrahim menyandarkan  pendapatnya dengan fatwa-fatwa Al Qardawi. Fakti ini di utarakan di sini bukanlah kerana dengki atau dendam tetapi hakikatnya kita mestilah berhati-hati agar tidak mudah tertipu oleh golongan-golongan yang berkepentingan seperti itu menyandarkan alas an mereka kepada ilmuan –ilmuan islam..

Di satu sudut yang lain, kita mestilah menyedari bahawa diluar  sana terdapat belbagai ulama lain yang menolak demokrasi yang  telah lama mengingatkan kepada kita tentang bahaya pemikiran dr Qardhawi.  Hujah dari golongan ini perlulah di lihat oleh kita sebagai nasihat dari saudara sesame Islam  dan janaganlah pula di anggap sebagai komen –komen dari pihak musuh.

Mereka yang lebih mahir dalam bidang hadis dan zikrullah  seperti maulana-maulana  tabligh dan syeikh-syeikh tariqah yang tidak mempercayai system demokrasi yang dating dari barat itu  boleh menjaya kan umat Islam telah lama melihat Dr Al qardhowi sebagai membawa feqh ke arah yang lebih liberal. Walaupun kita seringkali melihat tuduhan maulana-maulana tabligh dan syeikh-syeikh tariqat tersebut terhadap dr Qardhowi sebagai matlamat menghalalkan cara itu adalah tuduhan yang melampau dan melulu, tetapi Islam adalah satu dan tidak boleh di pisah-pisahkan.  Tidak sahayugia kita melihat islam ini terpisah-pisah antara  hadis, feqh dan tasauf sebagaiamana orang buta yang mempunyai pancaindera yang terbatas mengukur gajah melalui sudut-sudut yang berlaianan.

Seandainya kita menulusuri pandangan maulana-maulana tabligh dan syeikh tariqah yang melihat bahawa kemenangan islam hanya boleh di capai melalui system yang di ajarkan oleh rasulullah dan bukannya dengan menerima system barat , mereka akan menjelaskan bahawa penghasilan feqh iftiradhi dan feqh waqie yang di usahakan oleh Al qardhawi dan rakan-rakannya boleh menyebabkan umat islam menerima feqh yang liberal yang bertujuan semata-mata adalah untuk memperolehi kejayaan dalam bidang politik dalam masa yang singkat.
Hakikatnya , Feqh-feqh tersebut di buat untuk tujuan yang sangat sempit dan tidak boleh di gunakan dalam semua perkara oleh semua orang dalam sebarang keadaan. Ada banyak pertentangan-pertentangan yang lebih kuat yang perlu di ambil kira di mana pada waktu ini, kehendak-kehendak nafsu tidak boleh di kedepankan sekali-kali.

Keliberalan dalam politik ini akan berkembang dan  melimpah masuk ke lapangan-lapangan lain termasuklah lapangan makanan –minum yang akhirnya akan menyebabkan orang Islam tunduk juga kepada dajjal.
Tulisan ini bukanlah untuk mencerca Dr Yusuf Al qardhowi secdara pribadi-jauh sama sekali-. Tulisan ini hanyalah sekadar mengajak kita bertanya adakah maksud   beliau mengharuskan menggunakan konsep istihalah sebagai jalan yang membolehkan penggunaakan produk  yang di dapati ada kedapatan DNA babi itu itu termasuk makanan atau tidak ? ini kerana tiada manusia yang sempurna. Semua manusia terdedah kepada kelalaian . tidak boleh kita bertaqlid kepada seorang tokoh ilmuan tertentu dalam semua perkara sebaliknya hendaklah kita memperdalami ilmu semungkin yang kita mampu.
ISTIHALAH

Asal istihalah yang di bincangkan oleh ulama  zaman silam adalah pada arak yang bertukar menjadi cuka, asal arak itu adalah dari anggur yang hokum asalnya adalah harus. Adakah hokum asal babi adalah harus? Pada zaman silam  todak di kaitkan antara babi dengan istihalah, . di zaman mutaakhir ini barulah golongan yang agak liberal di kalangan ulama arab yang mengkiaskan babi dengan konsep istihalah.  Hakikatnya di hari ini, bilamana ulama feqh menyatakan kewujudan istihalah menjadikan kandungan yang mengandungi babi itu harus di makan. Maka bertepuk tanganlah taukeh2 kapitalis yg tamak krn feqh islam telah menyelamatkn prniagaan mereka untuk membolehkn umat islam terus menerus menelan makanan y gmengandungi dna babi itu. Yang pertama bergembira sebelum taukeh-taukeh cina di negeri  kita ialah Yahudi-Yahudi bila melihat bangsa arab berpusu-pusu menggunakan produk babi mereka.

Lihatlah di england hari ini, puak2 arab yg hari2 berdebat menyatakan org kristian adalh ahlil kitab lebih senang membeli daging kedai2 orang putih kafir, sebaliknya masyarakat islam india continent ygberpendpt kristian eropah bukan ahlil kitab telah bersusah payah menghidupkan  perniagaan daging sembelihan halal.akhirnya india muslim telah memiliki kedai sendiri yg mengeluarkan produk yg boleh membantu masyakat islam di sana, org arab masih lagi berwacana berwacani. Arab tidak mampu berdiri untuk menguasai pasaran berbanding kejayaan  muslim India contenant  


Dalam membincangkan tentang halal haram dalam feqh islam, ada seperkara yg memang kita seringkali lupa utk mempelajari dr sejarah iaitulah   perdebatan   untuk mencari jln kluar yg mudah byk merugikan umat islam,. Ini kerana penyelesaian tidak akan dapat di temui sekiranya umat Islam sendiri tidak memperkuatkan system pasaran mereka sendiri.
Selagi mana kita tidak mahu mempelajari bahawa pertama yang rasulullah lakukan setelah tiba ke Madinah dalam peristiwa hijrah ialah membina masjid dan pasar. Pasar ini   yang pada mulanya sudah dapat menyaingi pasar-pasar Yahudi akhirnya mengemukakan system yang lebih simple dan membantu ramai manusia yang lemah. Lihatlah bagaimana akhirnya rasulullah  Berjaya menghalau yahudi dari madinah .
Kita perlulah melihat bahawa rasulullah tidaklah selama-lamanya menggunakan selipar Yahudi . memang benar di satu ketika rasulullah berurusan dengan yahudi tetapi di satu masa yang lain, rasulullah SAW mengusir Yahudi dari Madinah. ini bererti tidak harus kita bergantungan selama-lamanya kepada produk kafir sebaliknya kita sendiri hendaklah mengusahakan sendiri dan bergantung kepada sesame islam. Kalaulah itu yang di tunjukkan oleh rasulullah dalam bab pakaian, bagaiamnakah pula tentang makanan yang akan menjadi darah daging kita.

Mengapakah penting sangat untuk kita berkata gula-gula cadburry itu halal walaupun ada babi. Apakah ia adalah satu keperluan dharuri yang sekiranya kita tidak makan, kita akan mati kebuluran.
Marilah kita berfikir di mankah kita dalam peristiwa Rasulullah bukan sahaja berjihad menghidupkan pasar madinah yg menyaingi pasaran yahudi malahan rasulullah saw juga menghalau kesemua yahudi sekali gus menutup pasar mereka kerana itulah yang akan menjamin kekuatan islam, tidak ada gunanya wujud masyarakat islam yg besar tetapi brgantung kpd kedai2 kapir yg tidak pernah lena berfikir untuk mempedayakan orang islam dgn pelbagai cara termasuk makanan yang mereka letakkan racun yang berupa sesuatu yang di haramkan syariat.





Marilah kita sama2 ingat. bahawa salah satu drp ujian besar dajal kepada umat islam ialah makanan yg akan menguji perut2 mereka.ini kerana perut yg lapar  akan mencabut iman mereka tunduk kepada keselesaan yg dhidangkan oleh dajal

Marilah sekali lagi kita ingat akan hadis bahawa seseorang itu tidak akan di mustajabkan doanya kerana berkait dengan sesuatu yang haram/